Ustaz Rahmatullah 111223

Kuliah Magrib

• Perbuatan maksiat kepada Allah SWT mengundang bala'. Perlulah berwaspada supaya jangan ditimpa derita.

• Hakikatnya semua manusia adalah ciptaan Allah SWT. Maka perlulah sesaorang itu mengikut segala perintah Penciptanya.

• Manusia diberi berbagai-bagai kesenangan didunia ini. Malah dijanjikan kebaikan di akhirat nanti.

• Semua makhluk NYA diberikan rezeki dengan sebaik-baiknya.

• Segala nikmat yang manusia diberikan Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Tetapi ada manusia yang menderhaka kepada pencipta nya. Ada yang mengambil makhluk yang lain sebagai tuhan. Malah mereka secara terang-terangan menentang perintah NYA.

• Pemurahnya dan penyayangnya Allah SWT memberi nikmat tanpa disedari makhlukNya. Diberi Nya kenikmatan tanpa makhlukNya meminta.

• Tiada manusia yang tidak melakukan dosa. Tetapi dengan Rahmat Nya banyak maksiat ditutupi daripada pengetahuan umum. Namun manusia tidak juga berterima kasih kepada Allah SWT. Tidak mematuhi perintah Nya.

• Ketika manusia didalam kesusahan, dia memohon pertolongan Allah SWT. Walhal semasa dia senang dia mengingkari perintah NYA. Namun demikian DIA tetap juga memakbulkan permohonan hamba NYA.

• Kebaikan Allah SWT tiada siapapun dapat menandinginya. Tiada orang betapa kayanya dapat memberi kebaikan kepada orang lain seperti apa yang diberikan Allah SWT kepada hamba NYA.

• Setiap manusia akhirnya akan kembali kepada Nya. Yang patuh atau yang menderhaka. Masa itu barulah manusia menyesal yang semasa didunia dahulu dia ingkar kepada perintah Nya.

• Allah SWT suka hamba-hambanya bersyukur kepada DIA akan segala rezeki dan nikmat yang diberikan.

• Wassalam

https://www.facebook.com/share/v/6e6zjN1WjTkbC6pX/?mibextid=hIlR13 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914