Ustaz Dr Nizam 091223

Kuliah Subuh

• Istighasah, meminta tolong dengan doa kepada orang yang telah mati. Seperti meminta tolong Rasulullah SAW didalam doa.

• Para ulamak ada yang menyatakan hukumnya harus. Ada yang meletakkan hukumnya haram.

• Yang kuatnya adalah pendapat yang mengharamkan perbuatan tersebut.

• Perbuatan ini juga boleh membawa seseorang itu melakukan perbuatan syirik. Dimana hendak disamakan manusia dengan Allah SWT.

• Mengambil berkat tempat tertentu seperti masjid. Ada beberapa Nas yang mengatakan bahawa Masjidil Haram itu ada berkatnya.

• Para sahabat juga mengambil berkat daripada Rasulullah SAW. Ada yang mengambil peluh dan rambut Baginda sebagai berkat. Perkara itu dibolehkan. Baginda SAW tidak melarangnya. Saidina Aishah pernah memegang tangan Baginda SAW sambil berdoa.

• Dizaman ini ada juga mereka yang membawa tapak kaki dan rambut Baginda SAW kepada tontonan orang ramai untuk mendapat berkat. Persoalannya adakan benda benda ini asli daripada Rasulullah SAW.

• Sedangkan hadith pun boleh dipalsukan maka perlulah orang yang beriman berwaspada dengan orang yang menyatakan bahawa dia ada simpan barangan peninggalan Baginda Rasulullah SAW.

• Sebaik baik berkat adalah mengambil dan mempraktikkan ajaran Baginda SAW.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914