Ustaz Shamsuddin 121123

Kuliah Subuh

• Setiap mukmin matlamat hidupnya didunia ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

• Dia mencintai Allah SWT dan mengharap agar Allah SWT mencintai nya.

• Menuju kepada hasrat tersebut maka sesaorang yang beriman perlulah berpegang kuat dengan agama Islam. Mengikut jalan tauhid, fiqah dan tasawuf. Melaksanakan Islam secara seluruhnya didalam hidupnya.

• Jibril mengajar para sahabat apabila dia mendatangi Baginda Rasulullah SAW. Jalan keselamatan hidup didunia dan akhirat adalah dengan mengikut cahaya Islam, Iman dan Ehsan.

• Hidup didunia ini adalah satu ujian yang Allah SWT beri kepada setiap manusia. Ujian yang paling besar adalah nafsu yang ada didalam diri setiap mukmin.

• Nafsu menghalang manusia menuju kepada Allah SWT dengan mudah. Ia setiap waktu memutuskan perjalanan orang yang beriman untuk mendekati diri mereka kepada Allah SWT.

• Nafsu menarik orang yang beriman dengan mencintai kecantikan hidup didunia. Dihiasi dengan keinginan syahwat. Kekayaan harta dan kedudukan yang tinggi dikalangan manusia.

• Allah SWT menyatakan bahawa DIA sangat dekat dengan hamba NYA. Tetapi kebanyakan manusia cepat melupai Allah SWT. Hingga ada yang sesat jalan hidupnya. Nafsulah yang menyesatkan manusia. Tersasar daripada menuju kepada keredaan Allah SWT.

• Untuk menundukkan nafsu supaya sesaorang itu dapat mengawal dirinya memerlukan ilmu pengetahuan serta dibimbing dengan guru yang muktabar. Guru yang merupakan seorang 'coach' yang dapat mengajar seseorang itu bagaimana melawan godaan nafsu .

• Guru yang perlu dicari merupakan seorang yang dapat mendidik seseorang itu didalam mencapai kesepaduan ilmu Islam, Iman dan Ehsan.

• Bidang ilmu yang merupakan fardhu Ain kepada setiap orang yang beriman adalah ilmu Tauhid, Fiqah dan Tasawwuf.

• Kebanyakan orang amalan mereka dipengaruhi oleh hukum syarak sahaja. Tetapi jiwanya tidak benar-benar 'conscious' akan kebesaran Allah SWT. Kurang amalan daripada aspek Ehsan. Ini kerana ilmu tasawwuf yang tidak mendalam. Walhal ilmu tasawwuf inilah yang mengajar seseorang itu menundukkan nafsu.

• Amalan agama sesaorang yang telah mencapai kemanisan iman dapat menundukkan keinginan nafsu syahwat. Dia melakukan amalan yang tidak disukai nafsu. Ini merupakan kunci untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Maka jalan menuju keredhaan Allah SWT lebih terserlah.

• Orang yang tinggi keimanan dirinya adalah mereka yang mematikan diri dari aspek mati yang merah,hijau,puteh dan hitam.

  - Mati yang puteh, menahan diri dari kelaparan.

  - Mati yang hitam, menahan diri daripada keganasan manusia.

  - Mati yang merah, menahan diri daripada nafsu.

  - Mati yang hijau, menahan diri daripada keinginan kesenangan dunia.

• Hakikat kehifupan manusia didunia dan diakhirat hanya dapat diketahui oleh setiap orang yang beriman adalah apabila dia mati. Apabila dia telah berada didalam alam akhirat barulah dia sedar akan kehidupannya didunia ini.

• Hakikat kehidupan juga dapat diketahui secara kecil-kecilan dengan ilmu. Ilmu yang terkandung didalam Al Quran, Hadith-hadith, Kitab yang dinukilkan oleh ulama' yang besar.

• Setiap mukmin perlulah berusaha untuk mencapai matlamat hidupnya untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914