Ustaz Firdaus 271123

Kuliah Magrib

• Doa merupakan satu nikmat Allah SWT. Dan mustajab doa itu ada masa dan tempatnya.

• Didalam Surah Al Qasas terdapat doa Nabi Allah Musa AS.

• Ayat ke 16. Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

• Apabila sesaorang hendak memohon keampunan perlulah dia mengakui akan kesalahannya.

• Ayat ke 17. Ia merayu lagi: "Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah".

• Didalam ayat diatas ini, terdapat permohonan Nabi Musa AS agar dia tidak membantu orang yang zalim. Dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya iaitu kekuatan diri.

• Ayat ke 21. Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim ".

• Doa Nabi Musa AS semasa dilarikan diri kerana pihak Firaun hendak menangkapnya kerana dia membunuh seorang puak Kipti.

• Ayat ke 22. Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia dengan berkata: "Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,".

• Doa ini Nabi Musa AS memohon agar Allah SWT memberi petunjuk didalam musafirnya. Boleh dibaca oleh mukmin apabila tidak tentu 'directions' semasa bermusafir.

• Ayat ke 24. Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".

• Pelajaran yang didapati dengan doa diatas adalah. Berdoa selepas melakukan kebajikan. Berdoa dengan merendah diri sebagai seorang yang fakir. Doa secara bersungguh-sungguh.

• 📸 Watch this live video on Facebook
https://www.facebook.com/share/v/EgHqUHpjmDqpdWwm/?mibextid=xfxF2i

Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914