Ustaz Muhaimin 171123

Kuliah Maghrib

• Surah Ali Imran 14. "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

- Rasa cinta kepada nikmat dunia merupakan sesuatu yang semula jadi

- Cintakan wanita dan nafsu merupakan satu fenomena untuk memperbanyakkan zuriat. Berkembanglah populasi manusia.

- Suka kemewahan juga menjadi motivasi bagi orang berusaha untuk memudahkan hidup keluarganya.

- Emas dan Perak sebagai mata wang. Satu instrumen mengembangkan ekonomi masyarakat.

- Kenderaan yang baik untuk manusia bergerak kemana sahaja yang diperlukan.

- Pertanian sebagai satu keperluan makanan dan kehidupan masyarakat.

- Manusia dijadikan nafsu untuk berusaha bagi membangunkan kemajuan negara dan masyarakatnya.

- Nasfu juga menjadi faktor yang membuat manusia berinovasi membentuk tamadun yang berkembang.

- Kecintaan dunia dan nafsu juga disebaliknya membuat manusia lupa kepada hukum Allah SWT. Melakukan berbagai kerosakan dan jenayah.

- Bagi orang yang beriman sedar yang kecintaan kepada dunia adalah ujian daripada Allah SWT. Mereka lah orang yang bertaqwa.

• Surah Ali Imran ayat 15. Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;

- Allah SWT memberi tahu manusia bahawa ada tempat yang kekal dan lebih baik. Ia itu kehidupan di akhirat kelak.

- Apa sahaja yang ada didunia ini tidak kekal. Semua orang akan menjadi tua dan akhirnya mati. Tidak kekal.

- Kehidupan akhirat itu kekal. Semua benda akan lebih baik daripada dunia.

- Kenikmatan hari akhirat adalah nikmat syurga. Dan kemuncaknya nikmat hidup diakhirat adalah apabila seorang hamba dapat bertemu dengan Allah SWT.

• Surah Ali Imran 16. (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";

• Surah Ali Imran 17. (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

- Ayat-ayat diatas adalah bagaimana orang yang akan mendapat kemenangan hidup dihari akhirat kelak.

- Orang yg sentiasa memohon keampunan Allah SWT dengan istiqamah serta sabar.

- Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914