Ustaz Hafidz Ibrahim 050623
• Salah satu perkara sunnah adalah bab mandi.
• Mandi, hukumnya...
- harus jika badan berbau
- wajib jika ada sebab mewajibkan
- sunat jika ada dalil
- mandi sunat Jumaat
- orang yg baru masuk Islam
- orang memandikan mayat
- ketika di Mekah & Madinah
• Makruh jika mandi dengan air panas yg memudarat. Pembaziran air.
• Haram hukumnya jika mandi kerana puja dan ilmu hitam. Mandi bunga jika kerana kesihatan dibolehkan.
• Kaifiat mandi wajib, sunat dan harus adalah sama. HR Al Bukhari 266/ 274
• Baginda Rasulullah SAW memulakan mandi (wajib)sunat) dengan
- berniat dan terus membasuh kedua-dua belah tangan sebanyak tiga kali.
- Kemudian membasuh qubul (alat sulit) dengan tangan kirinya.
- Berwuduk.
- Menuangkan air bermula dari kepala 3x sambil menyelati rambut
- Mengalirkan air keseluruh anggota tubuh badan
• Satu lagi perkara sunat yang dituntut keatas umat mukmin adalah berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW.
• Lafaz selawat keatas Baginda Rasulullah SAW hendaklah dilakukan dengan jelas.
• Selepas azan..
- Berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW.
- Doa Wasilah.
- Doa azan.
• Wassalam
Comments