Ustaz Shamsuddin 121210

Kuliah Subuh

Hukum melukakan orang lain

• Jika tersabit kesalahan sesaorang yang melukakan secara fisikal yang sampai ke tulang akan dikenakan hukum Qisas. Sekiranya dimaafkan maka hukum Diyat akan dikenakan.

• Diyat yang akan dikenakan adalah
- 1/20 Diyat bersamaan 5 ekor unta untuk luka tidak sampai ketulang.
-1/10 Diyat bersamaan 10 ekor unta untuk luka yand sampai ketulang.
-1/3 Diyat bersamaan 30 ekor unta jika luka itu menyebabkan anggota sesaorang hancur.

• Jika sesaorang yang memukul sesaorang hingga hilang akal atau penglihatan atau pendengaran, jika tersabit kesalahannya maka dikenakan hukum Diyat.

• Contohnya, jika sesaorang itu memukul orang lain hingga hilang kedua penglihatannya. Dan tersabit jenayah tersebut, maka Diyat yang dikenakan adalah 100 ekor unta. Jika sebelah mata sahaja dikenakan Diyat 50 ekor unta. Begitu jugalah dengan anggota yang lain.

• Sistem Keadilan didalam hukum kanun Islam begitu terperinci sekali. Ini adalah untuk memastikankan satu sistem yang cukup adil.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914