Ustaz Yussof 051210

Kuliah Subuh

• Diakhir zaman ini manusia mementingkan akan persoalan mencari harta dunia. Fokus mereka adalah keduniaan. Dengan apa carapun. Walaupun dengan menggunakan wanita- wanita mereka.

• Penganjuran pertandingan kejohanan bola sepak piala dunia yang akan diadakan di Qatar merupakan yang pertama didunia Islam. Tujuannya adalah untuk keseronokkan duniawi. Akan diadakan pesta- pesta arak dan pelacur seperti tahun-tahun yang lampau. Persoalannya dimanakah keutamaan agama Islam?

• Agama Islam adalah Adeen. Satu cara hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan dunia dan akhirat. Termasuklah cara berpolitik.

• Walaupun terdapat suara- suara yang menganjurkan supaya politik dan agama hendaklah dipisahkan. Ini bertentangan dengan syariat Islam. Ulama' besar hari ini Sheikh Yussof Qardawi memberi pandangan bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan.

• Ada juga dikalangan umat Islam yang tidak menolak bahawa berpolitik itu adalah sebahgian didalam syariat Islam. Tetapi mereka berhujjah bahawa mungkin didalam suasana dunia hari ini pandangan tersebut tidak bersesuian dengan zaman modern ini. Pandangan tersebut jugalah sama dengan fahaman sekular. Ini bukanlah bersesuian dengan syariat Islam.

• Didalam Al Quran dan Hadith terdapat banyak ayat yang menyatakan akan hal ehwal negara dan kepimpinan. Islam itu cara hidup yang sempurna. Berpolitik pun wajib dijalankan mengikut hukum Islam. Islamic Syariat Compliance.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914