Ustaz Khalil Idham Lim 060811

Kuliah Subuh

• Di Malaysia data oleh Kementerian Kesihatan orang orang yang sakit mental pada tahun 2010 adalah 400226 orang. Ini merupakan peningkatan 15% daripada tahun 2001.

• Islam perlulah dijadikan teras untuk medium pendidikan negara agar data ini dapat dikawal peningkatannya.

• Paradigma didalam negara tentang Islam yang mengkaitkan orang Islam itu hanya bagi orang Melayu. Oleh sebab itulah ramai orang Melayu membiarkan kawan dan jiran mereka yang berketurunan Cina dan India mati bukan sebagai seorang muslim.

• Dinegara Eropah, China, Jepun Islam berkembang dengan pesatnya. Diandaikan di Eropah pada tahun 2050 akan meningkat kepada 20% daripada jumlah keseluruhan penduduknya.

• Hari ini pembangunan Masjid di Eropah telah berkembang dengan pesatnya. Sebaliknya banyak gereja ditutup.

• Perkembangan Islam dinegara Malaysia adalah asalnya daripada pergerakkan pedagang orang Gujarat dan Cina.

• Bangsa Cina merupakan kaum yang memeluk Islam dahulu daripada orang Melayu. Malah mengikut tanda sejarah Batu Bersurat di Terangganu bahawa Islam dibawa oleh orang Cina.

• Hari ini perkembangan Islam di China cukup memberangsangkan. Tetapi kenapa di Malaysia orang cina tidak ramai yang memeluk Islam?

• Sepatutnya di Malaysia selepas lima puluh tahun merdeka masjid didatangi oleh berbagai kaum.

• Perlulah orang Islam di Malaysia memberi contoh dan akhlaq yang baik. Bersangka baik dengan berbagai kaum. Allah SWT menjadi berbagai bangsa supaya berbaik baik dengan hidup beriman kepada NYA.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914