USTAZ AZMAN 201111

Kuliah Subuh

Allah SWT tidak suka kepada orang- orang yang menyombong diri
- Sikap takabbur, adalah bersifat sombong
- Tidak masuk syurga orang yang bersikap sedemikian
- Iblis laknatullah dikeluarkan daripada syurga adalah disebabkan sikap sombong

Apabila terjadi perbalahan diantara dua orang mukmin
- Berdosa besar jika tidak bertegur sapa selama tiga hari
- Yang tidak memohon maaf itu adalah salah satu sikap takabbur
- Sesiapa yang menolak kebenaran itu mempunyai sikap takabbur

Orang yang bersikap sombong kepada Allah SWT
- Tidak merendah diri
- Tidak memperdulikan pandangan orang lain
- Suka menolak kebenaran sekiranya ia tidak bersesuian dengan dirinya
- Yang menolak kebenaran juga bersifat takabbur
- Yang menolak akan Al Quraan juga bersifat sedemikian

Kenapa ada orang yang bersikap takabbur?
- ILMU yang tinggi, melebihi ilmu orang lain kadagkala menjadikan diri merasa hebat
- BERAMAL IBADAT yang banyak juga sekiranya tidak merendah diri akan membawa diri menjadi sombong
- KETURUNAN juga membuat sesaorang itu membuat perbandingan dengan keturunan orang lain. Merasa bangga akan kehebatan keluarganya. Membawa kepada sikap sombong.
- Mempunyai paras rupa yang CANTIK juga membawa kepada sikap sombong. Merasa diri lebih daripada orang lain, menghina orang yang kurang cantik.
- BANYAK HARTA selalunya akan menimbulkan sifat membangga diri. Bersikap sombong dengan orang yang kurang harta.
- PENGIKUT RAMAI merasakan diri sanggat popular. Apabila selalu dipuji oleh pengikut maka akan tumbuh sikap sombong dan angguh. Akhirnya berwataklah dengan takabbur.

Bagaimana hendak menghapus sikap Takabbur?
- Mencuba diri menerima kebenaran. Didalam satu perbincangan, apabila kita merasa pandangan kita lemah daripada pandangan orang lain maka sanggupkah kita menerima pandangan tersebut?
- Mampukah kita menerima pandangan tersebut sebagai nasihat?
Didalam satu majlis, bagaimana kesanggupan kita bergaul dengan ramai orang?
- Adakah kita hanya bertegur sapa dengan mereka yang kita anggap setaraf dengan diri kita?

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Rahmatullah 190819

Ustaz Rahmatullah 090725

Ustaz Shukrie Alam Impian 200825