Ustaz Fairuz 030312

Kuliah Subuh

• Allah SWT bertanya kepada ahli syurga, adakah mereka redha dengan apa yang telah diberi kepada mereka?

• Ditanya pula kepada ahli syurga; adakah mereka hendak apa apa lagi di syurga? Mereka bertanya kepada Allah SWT; Adakah nikmat yang lebih baik daripada syurga?

• Allah SWT menjawap bahawa nikmat yang lebih daripada syurga adalah mendapat keredhaan Allah SWT keatas kenikmatan yang mereka sedang rasai. Kerana jika Allah SWT redha kepada sesaorang maka ia tidak akan mendapat kemurkaan NYA.

• Bagaimana hendak mendapat keredhaan Allah SWT.
- Redha Allah SWT sebagai tuhan kita. Patuh keatas segala suruhan dan larangan NYA

- Redha Islam sebagai agama kita. Beramal dengan semua tuntutan agama.

- Redha Muhammad SAW. Sebagai Nabi kita

• Berkorban kepada agama Allah SWT, walaupun orang lain tidak menyukainya. Sebagaimana para sahabat berkorban dengan nyawa dan seluruh harta benda mereka.

- Walau apa pun rintangan yang dihadapi sekiranya kita hendak mendapat keredhaan Allah SWT maka perlulah berkorban.

Wassalam


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914