Ustaz Shamsuddin 170312

iThoughts

  • Ustaz Shamsuddin 170312
    • Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Beribadat kepada Allah SWT perlu dengan kejujuran. Tidak boleh dipamerkan akan ibadah itu kepada orang lain.
    • Ibnu Atta'illah
      • Tanamkanlah ujudmu dalam bumi yang sunyi sepi, kerana sesuatu yang tumbuh dari benda belum ditanam tidak sempurna hasilnya
    • Tawadhuk
      • Tawadhuk merupakan perwatakkan yang hendaklah terdapat didalam orang beriman yang usaha menuju keredhaan Allah SWT.
      • Beribadat kerana Allah SWT. Tidak dikejar publisiti
      • Akan menghasilkan satu kekuatan hubungan hamba dengan Allah SWT.
      • Tawadhu' adalah sifat mulia yang menjadikan seseorang tidak merasa lebih besar dari orang lain dan tidak merasa lebih tinggi dari yang lain. Bagi orang-orang yang tawadhu' manusia lain sama posisinya dengan dirinya walaupun dia sedang berada dalam kedudukan tinggi dalam pandangan manusia. Orang-orang yang tawadhu' menyadari bahwa kemuliaan seseorang bukan dilihat dari posisi dan jabatannya, bukan dari pangkat dan hartanya. (eramuslim)
    • Jauhkan diri daripada sifat riyak
      • Hadis Rasulullah S.A.W: Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Baginda pun berkata:" Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya." – Hadis Riwayat Ibnu Majah (JAKIM)
      • Perbuatan riya' (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat-laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya. (JAKIM)
      • Sedar bahawa sesiapun didunia ini mempunyai kekurangan selain daripada Allah SWT
      • Kesempurnaan itu hanya terdapat didalam penciptaan Allah SWT. Penciptaan manusia walau bagaimana dikagumi tetap mempunyai kekurangan.
      • Memupuklah sifat yang tidak suka kepada riyak. Kurangkan daripada nafsu. Pergaulan dengan manusia yang tawadhu'. Jauhkan diri daripada mereka yang mencari publisiti murahan.
    • Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914