Ustaz Dr Syihabuddin 250714

Tazkirah Jumaat
  • Jumaat ini adalah hari Jumaat yang terakhir dalam bulan puasa ini.  Orang yang beriman akan merasa sangat sedih akan pemergian bulan Ramadhan yang mubarak.
  • Ketibaan Syawal terdapat amalan yang bersifat fiqah dan akhlak. 
  • Amalan fiqah dihari pertama bulan Syawal
    • Membayar zakat fitrah adalah lebih afdhal dari waktu malam 1 Syawal hinggalah sebelum imam membaca khutbah
    • Menghidupkan malam raya dengan takbir dan zikir
    • Mandi sunat Hari Raya
    • Memakai pakaian yang cantik dipagi hari raya
    • Memakai wangi wangian dihari raya bagi orang lelaki. Tidak bagi wanita
    • Memakan sebelum ke masjid dipagi hari raya.  Walaupun dengan seteguk air.
    • Berjalan ke tempat ibadah.  Pergi mengikut jalan yang jauh. Dan balik ke rumah mengikut jalan yang pendek
    • Mengerjakan solat tahatul masjid apabila sampai dimasjid
    • Mendirikan solat sunnat eidul fitri dengan khutbah nya sekali
  • Amalan dihari berikutnya
    • Menyerjakan puasa sunat enam hari
      • Sebaiknya berpuasa sunat daripada hari kedua hingga kehari ketujuh dibulan Syawal 
      • Sekiranya tidak mampu cukup dengan berpuasa enam hari dibulan syawal
  • Amalan akhlaq yang baik dibulan Syawal
    • Menyambut kedatangan bulan Syawal dengan baik
    • Berziarah akan keluarga terdekat
    • Menghubungkan silaturahim
    • Mengasihi orang miskin dan anak yatim
    • Memperbaiki perhubungan yang retak
    • Memperbanyak keampunan dan bertaubat
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914