Evernote:Ustaz Nizam 041014

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam
  • Jika sesaorang bersumpah...
    • Bahawa Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa sesaorang lain
    • Maka Allah SWT akan mengampunkan dosa orang yang lain itu
    • Dan menambah dosa orang yang bersumpah itu.
  • Imam Hassan Basri berpesan kepada sahabatnya Imam Tawus...
    • Sekiranya berada didalam satu majlis ilmu yang dia rasa majlis itu hebat...
    • Maka hendaklah dia beredar daripada majlis itu
    • Kerana ketika itu,  majlis tersebut sudah tidak dilakukan dengan ikhlas
  • Amalan sunnat
    • Sekira dilakukan akan mendapat pahala... dengan syarat dilakukan dengan ikhlas
    • Jika ditinggalkan tidak berdosa
    • Rasulullah SAW takut umatnya tergelincir melakukan ibadah bukan kerana Allah SWT semata-mata...syirik kecil
  • Amalan yang ikhlas
    • Ikhlas melakukan amalan kerana Allah SWT
    • Tidak mengharap pujian manusia lain
    • Tidak juga berubah cara beribadat ketika dilihat orang daripada cara beribadatketika kesaorangan
    • Melakukan amalan secara berterusan... kerana mengharap keredaan Allah SWT
    • Sifat riyak akan menghapuskan amalan
    • Lebih baik kita menyembunyikan amalan sunnat
    • ...daripada pandangan manusia

Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809