Evernote:Ustaz Asmadi 0201115

Ustaz jemputan daripada Perlis
Masjid Al Huda
Shah Alam
  • Ujian yang diberikan Allah SWT
    • Berbagai bagai.  Baru ini ujian kepada masyarakat orang Islam di Malaysia merupakan banjir
    • Ujian itu untuk mempastikan yang orang mukmin ini bertaqwa
  • Bala'
    • Diturunkan kepada manusia yang melakukan perkara perkara yang dilarang keras Allah SWT
    • Diturunkan bala'sebagai ujian kepada umat Mukmin. Supaya dengannya dapatlah Allah SWT mengampunkan dosa.
    • Bala' diturunkan adalah diturunkan jika masyarakat melakukan perkara perkara yang berikut...
      • Puasa dianggap puluang meraih keuntungan duniawi
      • Tidak menegur apabila melihat ma'siat. Terutama kepada pemimpin
      • Anggap amanah sebagai harta ghanimah.  Ia itu mencari keuntungan daripada amanah yang dipikul. Takut menegur kerana takut kehilangan kedudukkan didunia.
      • Tidak mengeluar zakat kerana takut jatuh miskin jika kita mengamalkannya.
      • Suami yang tunduk oleh para isteri. Tahu yang isterinya melakukan maksiat tetapi tidak menegur akan perbuatan. Digelar sesaorang yang dayus. Suami yang dayus tidak dibenarkan memasukki mana mana pintu syurga.
      • Ibubapa cuai didalam mendidik anak anak. Tidak mendidik anak anak bersolat dan membaca quraan secara istiqomah.
      • Anak anak melebihan sahabat handai daripada ibu bapanya sendiri
      • Ada para jemaah didalam masjid melakukan perkara perkara yang lara'.  Bersembang gelak ketawa secara membuang masa. Tidak melakukan perkara perkara yang baik.  Seperti membaca Al quraan, berzikir, bersolat sunnat.
      • Akan lahir para pemimpin didalam masyarakat mukmin yang rendah budi pekerti. Mereka yang tidak memberatkan soalan hukum agama. Membiarkan maksiat berkembang dikalangan masyarakat tanpa dilakukan sesuatu untuk mencegahnya.  Pemimpin yang tidak boleh dijadikan ikutan yang baik.
      • Ada juga pemimpin yang ditakuti oleh masyarakat kerana zalimnya
      • Didalam masyarakat ada peminum arak yang melakukan perkara tersebut secara terbuka.
      • Ramai dikalangan masyarakat terdapat lelaki yang memakai pakaian daripada sutera.
      • Terdapat penari penari wanita dan alat alat muzik
      • Terdapat ramai anak anak yang membenci akan ibu bapa mereka
      • Tidak ada lagi pengikut orang orang yang soleh dahulu daripada kalangan masyarakat yang terkemudian.
    • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809