Kuliah Subuh https://www.facebook.com/share/v/1HdTEWJzuX/ • Jahar semasa solat fardhu bermaksud membaca bacaan solat dengan suara yang jelas/nyaring, sekurang-kurangnya dapat didengar oleh orang di sekeliling. Berikut penjelasan ringkas dan berperingkat: ✅ Solat fardhu yang dibaca secara jahar (oleh imam atau orang yang solat sendirian) 1. Subuh Rakaat 1 & 2 Bacaan: Al-Fatihah dan surah 2. Maghrib Rakaat 1 & 2 Bacaan: Al-Fatihah dan surah 3. Isyak Rakaat 1 & 2 Bacaan: Al-Fatihah dan surah 📌 Rakaat selebihnya dalam Maghrib (rakaat 3) dan Isyak (rakaat 3 & 4) dibaca secara sirr (perlahan). 🤫 Solat fardhu yang dibaca secara sirr (tidak nyaring, cukup didengar oleh diri sendiri) 1. Zuhur – semua rakaat 2. Asar – semua rakaat 🕌 Hukum jahar dan sirr Sunat ab'adh / sunat hai'ah (mengikut mazhab Syafi'i) Jika tertinggal: ❌ Tidak membatalkan solat ❌ Tidak perlu sujud sahwi 👂 Bagi makmum Makmum tidak menjaharkan bacaan, walaupun imam menjaharkan. Makmum membaca Al...
Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman apabila mereka melakukan ibadah difokuskan kerana Allah SWT. Tidak ada matlamat yang lain. ✓ Ada orang yang pergi menunaikan ibadah haji dan umrah di tanah suci Mekah. Tetapi tidak meletakkan ibadah sebagai usaha utama. Tetapi dia lebih utamakan mencari peluang berniaga. Atau utamakan membeli belah. ✓ Begitu juga jangan dicampurkan ibadah dengan perkara-perkara yang di tegah syariat. ✓ Semasa melakukan ibadah haji dan umrah ramai yang ingin membeli benda benda yang mempunyai kuasa luar biasa. Seperti minyak angin, kayu Koka, daun daun yang boleh mengubati sakit yang kronik. Hingga terpesong fokus ibadah nya. ✓ Didalam melakukan ibadah hendaklah setiap orang mukmin memberi tumpuan agar dimaksimakan kesempatan beribadat. Agar ibadah itu dijalankan dengan tertib. ✓ Niat untuk melakukan ibadah perlulah ikhlas. Tidak dicampuri dengan niat niat yang lain. Apabila terdetik didalam hati perlulah niat itu ikhlas ✓ Mengambil upah untuk melakukan ibadat perlula...
Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Kedatangan Ramadhan ditunggukan dengan penuh kegembiraan oleh orang orang yang beriman Kesucian syiar Islam terserlah pada bulan Ramadhan ini. Hendaklah setiap orang mukmin memohon keampunan daripada Allah SWT Ibadat yang terbaik didalam Ramadahan ada membaca Al Quraan. Ruang yang terdapat didalam Ramadhan hendaklah digunakan untuk mempertingkatkan kefahaman kita dengan Al Quraan. Ramadhan juga perlu dijadikan sebagai titik perubahan didalam diri setiap mukmin. Berubah dari keadaan lemah kepada keadaan yang mantap. dengan ilmu yang cukup. Jadikanlah Ramadhan sebagai madradah untuk setiap mukmin mempertingkatkan kefahaman didalam ilmu Al Quraan. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .
Comments