Ustaz Jefri 210215

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda
Shah Alam
  • Orang yang memohon keampunan serta bertaubat adalah manusia yang terbaik
  • Rasulullah SAW walaupun dia seorang yang ma'som juga beristighfar 70 kali sehari. Malah ada riwayat yang mengatakan 100 kali.
  • Orang yang beriman apabila dia melakukan dosa dengan segera memohon ampun dan bertaubat.
  • Sekiranya ia selalu melakukan dosa maka lambat laun hatinya akan menjadi keras.
  • Ada yang merasa bangga apabila dia melakukan perkara maksiat
  • Hatinya akan menjadi keras daripada batu
  • Dosa itu membuatnya tidak suka membaca Al Quraan
  • Al Quraan sudah tidak lagi menapak didalam hatinya.
  • Hati yang keras juga akan membuat sesaorang itu cintakan dunia
  • Cintakan dunia melebihi segalanya walaupun Al Quraan menyatakan bahawa akhirat itu lah yang lebih bai
  • Orang yang keras hatinya juga disebabkan makan yang berlebihan
  • Kelaparan akan membuat hati lebih lunak.  Mata hati juga tajam
  • Roh akan meningkatkan derianya apabila ia didalam kelaparan
  • Satu lagi faktor yang merosakkan hati kita adalah terlalu banyak ketawa
  • Jagalah diri daripada melakukan perkara yang melalaikan daripada mengingat Allah SWT
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809