My idea : Ustaz Yussuf 010315

Ustaz Yussuf 010315
Ustaz Yussuf 010315
  • Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Pada satu hari Baginda Rasulullah SAW
      • Memberi khutbah daripada Subuh sehingga Asar. Berhenti ketika solat
      • Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". H.R. Muslim
        • Perkara ini terjadi dizaman ini.
          • Hendak melaksanakan Islam dianggap pelik
            • Perkara yang dilarang agama dilakukan sebagai perkara biasa
            • Didalam Islam menceritakan keaiban sesaorang itu dilarang oleh Islam
              • Perkara ini adalah sesuatu yang merosakkan masyarakat
                • Keluarga Rasulullah SAW juga pernah difitnah
                  • Kisah yang masyhur ini adalah merupakan fitnah yang berlaku kepada Ummul Mukminin sendiri iaitu saidatina Aisyah r.a. yang telah dituduh bermukah dengan Safwan Muattal al-Sullami, yang secara langsung mengikuti tentera Islam yang baru saja pulang daripada sebuah peperangan bersama Saidatina Aisyah menuju ke Mekah.
                  • Tetapi perkara ini juga terjadi dizaman ini dengan berluasa
                    • Islam menghendaki umatnya bersangka baik apabila menerima berita memburukkan orang lain
                  • Didalam Al Quran Surah An Noor .....
                    • A013 Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. (An-Nuur 24:13)
                      • Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; - (An-Nuur 24:14)
                        • Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. (An-Nuur 24:15)
                          • Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". (An-Nuur 24:16)
                          • Hadith yang melarang membuka aib saudara semuslim
                            • Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu ia berkata : Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu memanggil dengan suara yang tinggi : "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke hati mereka, janganlah menyakiti orang-orang yang beriman, janganlah mencela mereka, dan janganlah mencari-cari aurat (aib) mereka, kerana barangsiapa mencari-cari aib saudaranya yang muslim, maka Allah membuka aibnya dan memalukannya walaupun dia berada di dalam rumahnya. (Hadis Riwayat Tirmidzi).
                              • Dari Abi Hurairah RA dari Rasulullah SAW bersabda "Seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka". (Hadis Riwayat Nasaie)
                                • "Sesiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak ada di hadapannya maka wajiblah Allah melepaskannya dari siksa neraka. " (HR Ahmad)
                                • Wassalam


                                  Comments

                                  Popular posts from this blog

                                  Ustaz Ghazali Omar 020912

                                  Ustaz Shamsuddin 090809