Ustaz Rahmatullah 081018

Kuliah Maghrib

✓ Seorang yang berusaha mencari bekalan  diakhirat akan mencapai kejayaan didunia dan akhirat

✓ Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana memberi kekuatan untuk kita melakukan ibadah

✓ Jika sesiapa mencari jalan kepada keredhaan Allah SWT maka dia akan merasa terasing dari kalangan manusia awam

✓ Sebaliknya jika sesiapa mencari jalan kerana hendak mendapat keredhaan manusia, maka dia akan terasa terasing daripada melakukan tanggungjawab kejalan Allah SWT

✓  Hati yang tergerak untuk melakukan ibadah  bergantung kepada sebanyak mana dia mengenal Allah SWT

✓ Lawan hawa nafsu memerlukan pengetahuan akan faedah melakukannya. Sebaliknya bila sesaorang tidak ada pengetahuan akibat mengikut hawa nafsu maka dia akan kalah untuk melawan kehendaknya

✓ Sesaorang anak lelaki bertanggungjawab mentaati kedua ibu bapanya melebihi isteri dan anak anaknya

✓ Seorang anak perempuan bertanggungjawab mentaati suaminya melebihi ibu bapanya

✓ Ketaatan anak kepada ibu bapa itu berat timbangan ganjaran diakhirat kelak. Berat hukuman diakhirat kelak jika dia berlaku derhaka.

✓ Jika ibu bapa telah mati, doa keampunan kepada mereka, jaga hubungan dengan sahabat mereka.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Rahmatullah 190819

Ustaz Rahmatullah 090725

Ustaz Shukrie Alam Impian 200825