Ustaz Nizam UIA 011218

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda

✓ Terdapat orang yang tidak beriman mengkritik beberapa perbuatan Rasulullah SAW. Berusaha supaya orang ramai membenci Baginda Rasulullah SAW. Tetapi sebagai seorang mukmin kita yakin segala perbuatan Baginda adalah diwahyukan Allah SWT.

✓ Sebagai seorang Rasulullah SAW perbuatan baginda bukan timbul daripada kehendaknya tetapi diwahyukan kepadanya.

✓ Mengkritik yang Rasulullah SAW mengamalkan sistem perhambaan. Sebenarnya sistem hamba ini wujud beberapa kurun sebelum baginda. Tetapi Islamlah yang mengamalkan pendekatan yang akhirnya menghilangkan sistem hamba didalam masyarakat Islam.

✓ Rasulullah SAW berkahwin dengan Saiditina Aisyah semasa isterinya masih muda. Walaupun Aisyah itu muda, dimasa itu tidaklah sesuatu yang ganjil. Masyarakat diwaktu itu memang biasa berkahwin semasa isteri itu muda.

✓ Dizaman ini terdapat beberapa individu yang mengaku sebagai nabi. Tetapi bagi akidah Islam, Nabi Muhammad Rasulullah SAW merupakan penutup segala Nabi.

✓ Walaupun orang Islam yakin yang diakhir zaman Nabi Isa akan muncul kembali. Ini tidak bererti bahawa Nabi Isa RA itu nabi yang terakhir. Kerana baginda merupakan Nabi yang dilantik Allah SWT sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

✓ Sebagai seorang mukmin yang berpandukan kepada manhaj sunnah Waljamaah yakin akan segala yang didalam Al Quran Dan Hadith.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914