Ustaz Yahaya 070919

Kuliah Maghrib

✓ Ilmu didalam Islam terdapat berbagai cabang. Menimba ilmu didalam satu cabang sahaja tidak mencukupi untuk memahami dan beramal secara menyeluruh didalam kehidupan ini mengikut acuan Islam.

✓ Cabang yang besar adalah ilmu tauhid, ilmu fiqh, dan ilmu tasawuf. Terdapat hadith mengenainya. Pada satu hari malaikat datang menemui Baginda SAW Dan bertanya mengenai apakan itu Islam. Baginda memberi jawapan yang Islam meliputi rukun iman, rukun Islam dan ehsan.

✓ Ehsan itulah yang membawa kepada cabang ilmu tasawuf. Terdapat berbagai kitab daripada para ulama' tabien dan tabien tabien. Satu kitab yang mahsyur adalah Kitab Al Hikam yang ditulis  oleh seorang tokoh sufi Syekh Ibnu Atha'illah.

✓ Bidang tasawuf ini ilmunya tidaklah tersusun seperti ilmu tauhid dan ilmu fiqah. Ia merupakan ilmu yang diaplikasikan oleh ulama ulama yang besar. Seperti Imam Al Ghazali. Jadi adalah penting apabila sesaorang mukmin yang ingin mendalami ilmu ini perlulah diperolehi daripada guru guru yang tulen. Kerana bidang pembelajaran nya merupakan 'affective'. Ia itu ilmu yang perlu terkesan kedalam jiwa sesaorang itu. Tasawuf ini mempelajari tentang membersihkan jiwa supaya ia dapat berhubung dengan amalan yang membolehkan dia mengenali Allah SWT.

✓ Kebanyakan ulama' yang mana dianggap sebagai murabbi ilmu ini juga dianggap oleh muridnya sebagai seorang wali. Selain daripada sumber ilmu daripada Al-Quran dan hadith-hadith Baginda SAW Mereka juga diilhamkan sesuatu idea yang  menjadi satu mutiara ilmu. Didalam kitab Al Hikam terdapat berbagai mutiara ilmu yang terkesan kepada jiwa mereka yang mempelajarinya. Bahasa yang terdapat didalam kitab itu juga cantik dan tersusun indah.

✓ Para wali ini merupakan manusia pilihan Allah SWT. Yang terdapat disetiap dekat kehidupan para mukminin. Kebanyakan mereka merupakan manusia yang mempunyai ahlaq yang mulia. Mereka bagaikan penyambung Rasulullah SAW. Mendidik diri, keluarga dan manusia disekitarnya tentang memahami kecantikan akhlaq dan kemuliaan jiwa yang membezakan seorang mukmin dengan manusia yang lain.

✓ Hanya mereka ini tidak mengisytiharkan kewalian mereka. Hanya dapat dijangka sahaja oleh agamawan sewaktu dengan mereka.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914