Ustaz Dr Shihabuddin 081020

Kuliah Maghrib

• Persoalan hidup bagi orang yang beriman. Dari mana asal usul manusia. Dimana sekarang manusia berada. Dunia ini pada hakikatnya apa? Ada kah nilai dunia ini tinggi yang manusia cintakannya bersungguh sungguh.

• Menghadapi keperluan duniawi orang yang beriman  hendaklah berusaha,  ikhtiar, berdoa serta tawakal kepada Allah SWT. Yakin bahawa kehidupan didunia ini adalah tepat ujian sebelum menuju ke akhirat.

• Apabila menghadapi ujian dan musibah didunia ini perlulah bersabar. Redha akan ketentuan, yakin akan qada'dan qadar daripada NYA.

• Apa sahaja yang dikecapi nikmatnya seseorang yang beriman perlulah bersyukur kepada Allah SWT.

• Bagi seorang yang berusaha hidup didunia perlulah mengikut lunas agama Islam. Ada perkara yang diwajibkan. Contohnya adalah solat. Ada juga  perkara yang sunat yang disyariatkan. Selain dari itu adalah perkara yang diharuskan. Serta ada juga perbuatan yang makruh, kurang cantik dilakukan. Dan perkara yang dilarang adalah perkara yang haram disegi agama.

• Kemana yang dituju. Adalah dikampung akhirat. Perlu bekalan sebagai modal iaitu iman, ilmu dan amal sepertimana yang dituntut oleh agama Islam. Insyaallah selamatlah seseorang itu diakhirat kelak.

• Wassalam.


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914