Ustaz Shamsuddin 101223

Kuliah Subuh

• Manusia adalah insan yang terdiri daripada jasmani dan rohani.

• Alam pula terdiri daripada alam yang nyata atau alam yang ghaib. Besar dan hebatnya alam ini diluar jangkaan pemikiran manusia.

• Insan ini adalah sebahagian daripada alam. Seakan akan sebagai salinan alam.

• Rohani dalam manusia sepatutnya ia memandu jasmani. Tetapi ada kalanya jasmani yang menjadi pemandu kehidupan manusia.

• Manusia yang rohaninya kuat dimana ia yang memandu kehidupannya. Maka cahaya rohani itu dapat menembusi dinding yang melindungi alam yang ghaib. Maka manusia ini akan beriman kepada wujudnya alam dan warga ghaib seperti jin dan malaikat, syurga & neraka serta segala kejadian yang hanya Allah SWT yang mengetahuinya.

• Seorang yang beriman yang mempunyai ilmu agama yang berpandukan Quran dan Hadith, rohaninya pasti kuat. Kehidupannya sentiasa dipandu oleh kehendak rohani melebihi kehendak fizikal jasmaninya.

• Rohani yang diisi dengan ilmu wahyu Illahi maka ia dapat memahami akan hakikat kejadian alam yang nyata dan alam yang ghaib. Banyak terdapat ulama' dan orang-orang yang alim yang telah menyusun ilmu agama yang dapat memandu manusia supaya hidupnya dipandu oleh rohani akan segala tindakannya. Tidak hanya hidup untuk memuaskan kehendak nafsu jasmani.

• Rohani yang dipandu oleh Al Quran dan Hadith serta beriman dan beramal dengan nya. Maka insan yang mempunyai rohani yang sedemikian akan menjadi manusia yang hebat. Malah kedudukannya lebih tinggi daripada alam ciptaan Allah SWT.

• Hakikatnya roh manusia dijadikan Allah SWT sebelum jasmaninya. Ditiupkan kedalam manusia atas kehendak NYA. Manusia merupakan sebaik-baik kejadian Allah SWT. Melebihi kejadian NYA yang lain.

• Alam yang nyata itu dijadikan untuk menampung kehendak manusia. Didalam aspek jasmaninya sahaja. Tetapi alam ini tidak dapat menampung kehendak rohani manusia. Hanya bimbingan dan kehendak Allah SWT sahaja yang dapat memenuhi keperluannya. Diturunkan wahyu yang merupakan Al Quran dan dilantik Nabi SAW untuk mengajar manusia ilmu agar rohaninya terpandu keatas jalan yang diredai NYA.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914