Ustaz Lokman Daud 031223

Kuliah Magrib

• قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخٰسِرِيْنَ

Surah AL Araff ayat 23. Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

• Setiap orang tidak terlepas daripada perbuatan dosa yang kecil atau besar. Maka perlulah setiap orang memohon ampun kepada Allah SWT setiap ketika.

• Dosa manusia juga mengundang musibah daripada Allah SWT.

• Baginda Rasulullah SAW seorang yang maksum. Tetapi Baginda tidak terlepas daripada mengucapkan astaghfirullah setiap hari.

• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
Maksudnya: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya setiap hari lebih daripada 70 kali". (Riwayat al-Bukhari, no.6307)

• Nabi SAW mengucapkan istighfar tiap hari, meski telah berstatus manusia pilihan Allah SWT. Berikut haditsnya

وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Artinya: "Demi Allah, aku sungguh beristighfar pada Allah dan bertaubat padaNya dalam sehari lebih dari 70 kali. (HR Bukhari).

• Akibat melakukan dosa berkemungkinan disempitkan rezeki. Maka perlulah setiap mukmin sentiasa memohon keampunan Allah SWT. Memperbanyakkan istighfar.

• Setiap perbuatan dosa akan dibalas kan oleh Allah SWT walaupun sekecil zarah. Maka perlulah dipohon ampun agar dosa itu dibersihkan.

• Selain daripada memohon keampunan sendiri juga digalakkan memohon agar didoakan oleh orang-orang yang soleh, anak yatim dan Hafiz Quran, agar Allah SWT mengampunkan dosa- dosa kita.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914