Ustaz Yusuf 031124
Kuliah Subuh
• Kata Aisyah RA: "Sekumpulan orang Yahudi pernah datang berjumpa Nabi SAW, lalu mereka berkata dalam nada memberi salam: 'As-samu 'alaik (maksudnya, kematian atas kamu)'. Lantas aku pun melaknat mereka. Namun, baginda menegur: 'Apa kena denganmu?' Jawabku: 'Tidakkah kamu dengar apa yang mereka ucapkan?' Balas baginda: 'Tidakkah juga kamu dengar apa yang aku ucapkan sebagai membalasnya: Wa'alaikum (maksudnya, juga atas kamu sekalian).'" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
• Hadith diatas menunjukkan betapa Baginda Rasulullah SAW menghadapi tentangan berbagai kumpulan yang menentang Islam dengan tenang.
• Cara Rasulullah SAW membawa keamanan bersama berbagai kumpulan manusia.
• Walaupun orang Quraisy yang memusuhinya, apabila mereka meminta tolong, Baginda tetap menolong mereka.
• Thumamah ibn Uthal merupakan sahabat Rasulullah. Dia ialah salah seorang pemimpin keturunan Hanifah. Thumamah masuk islam selepas peperangan keturunan quraizah. Semasa dia melakukan umrah, Quraisy membaca talbiah syirik tetapi Thumamah membaca talbiah islam. Quraisy menangkapnya dan mengurungnya sebagai tawanan. Thumamah tidak mahu sebiji gandum keturunan Hanifah dari Yamamah masuk ke Mekah kerana Quraisy mengurungnya. Rasulullah menghantar wakil kepadanya untuk melepaskan sekatan itu. Seperti biasa, selepas itu Quraisy masih lagi membuat rancangan busuk untuk menyingkirkan Rasulullah.
• Walaubagaimanapun dari segi akidah Baginda tetap bertegas. Tidak ada kompromi dengan hukum yang ditetapkan Allah SWT.
• Hari ini dengan adanya teknologi media sosial terdapat ketegangan dalam masyarakat kerana terdapat banyak konten yang terlalu rasis dan melampau. Ini menimbulkan ketegangan didalam masyarakat. Antara umat Islam dan yang bukan Islam. Serta terdapat juga masalah sesama umat Islam.
• Ketegangan antara kaum dan bangsa bukanlah cara ajaran Islam. Sebagai seorang mukmin perlulah menjaga kedamaian dimana sahaja kita berada. Allah SWT menjadikan manusia berbagai kaum dan bangsa untuk berbaik dan berkenalan sesama manusia.
• ALLAH SWT berfirman: "Wahai manusia! sesungguhnya, KAMI telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian KAMI menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa. ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA TELITI." (Surah al-Hujurat, ayat 13)
• Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ الله لا يَنْظُرُ إِلى أَجْسامِكْم، وَلا إِلى صُوَرِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kalian, tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian."
Riwayat Muslim
• Dari Abu Nadhrah menceritakan kepadaku orang yang pernah mendengar khutbah Rasulullah SAW hari tasyriq, Baginda bersabda: "Wahai sekalian manusia! Rab kalian satu dan ayah kalian satu (maksudnya Nabi Adam).
Ingatlah.
Tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang Ajam (bukan Arab) dan bagi orang Ajam atas orang Arab, tidak ada kelebihan bagi orang berkulit merah atas orang berkulit hitam, bagi orang berkulit hitam atas orang berkulit merah kecuali dengan ketakwaan.
Apa aku sudah menyampaikan?" mereka menjawab: Iya, benar Rasulullah SAW menyampaikan." (maksud hadis riwayat Ahmad)
• FB LIVE
https://www.facebook.com/share/v/1Dnri7fJHf/
• Wassalam

Comments