Ustaz Anas 110125

Kuliah Maghrib

• FB Live
https://www.facebook.com/share/v/19FUhK88aC/

• Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani." (Hadis Riwayat Bukhari)

• Anak adalah perhiasan dunia. Yang dianugerahkan kepada kedua orang ibu-bapa.

• Kewajiban ibu-bapa adalah untuk mendidik anak mereka mengikut corak Islam.

• Sekiranya anak itu tidak didik secara agama, maka cinta dunia yg fizikal ini sahaja yang akan mencorakkan minda dan peribadinya.

• Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya. 
(Surah At Tahrim ayat 6)

• Anak yg derhaka tempatnya adalah neraka. Maka ibu-bapa lah yang bertanggungjawab mendidik anak itu supaya tidak menjadi anak yang derhaka.

• Al-Isra':23

Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)

• Ketaatan mengikut hukum Islam. Tidak bercanggah dengan hukum syara'.

• Hukum sesaorang anak menghormati dan memuliakan ibu bapa adalah WAJIB.

• "Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi." [Riwayat al-Hakim (7263)]

• Ditanya tentang dosa-dosa besar. Maka baginda bersabda:

الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ
Maksudnya: "Menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, membunuh orang dan bersumpah palsu".
Riwayat Al-Bukhari, 2459

• Perlulah ibu bapa mendidik anak supaya jangan mereka menjadi anak yang derhaka. Kerana anak derhaka balasannya keseksaan didunia dan di akhirat.

• Seorang anak wajib taat dan berbakti kepada kedua orang ibu-bapa nya. Tidak kisah apa yang dilakukan oleh mereka. Taat kepada mereka selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syara'

• Anak yang derhaka...
  - dibenci Allah SWT
  - tidak bau syurga
  - dimasukkan dalam neraka
  - derita didunia dan akhirat

• Jibril bertanya: Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat. Nabi SAW menjawab: Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Maka Jibril bertanya lagi: Khabarkan kepadaku tentang tanda-tanda kiamat. Maka Nabi SAW menjawab: (Antara tandanya ialah) apabila seorang hamba wanita melahirkan tuannya...

Sahih Muslim (8)

• Seorang anak wajib menjaga kedua ibu bapanya apabila mereka sudah tua.

• Sekiranya hati ibu bapanya terguris kerana perangai anaknya maka balasannya adalah siksaan neraka.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809