Ustaz Yahaya 050918
Kuliah Maghrib Semenjak zaman dahulu lagi manusia berusaha untuk mengenali akan Tuhan yang maha kuasa Sebelum Islam lagi Budha, Confucius, DLL cuba mengajak manusia membersihkan jiwa untuk mengenal tuhan Didalam agama Islam, ilmu tasawwuf merupakan kawasan ilmu bagi membersihkan hati untuk mengenal Allah SWT Zikrullah merupakan kaedah yang digunakan oleh para solihin untuk mendidik RUH mendekati akan makrifat SWT RUH orang orang yang beriman sentiasa berzikir. Semasa masih didalam rahim lagi. RUH yang bersih adalah satu yang penting bagi manusia mencapai ketinggian budi untuk manusia mendekatkan diri dengan Allah SWT Apabila hati seseorang itu bersih serta ikhlas menyerah diri kepada Allah SWT maka RUH nya melihat kebesaran dan kekuasaan Allah SWT melampaui pandangan fizikal Karamah ini dianugerahkan kepada hamba Allah SWT yang mulia. Dari setiap zaman ke zaman. Wassalam