Posts

Ustaz Ismail Fatoni 300918

Kuliah Maghrib ✓ Sesaorang makmum untuk mengikuti seorang imam perlulah dia mematuhi syarat-syarat yang tertentu. ✓ Makmum perlulah mengetahui didalam solat ada yang rukun dan ada yang sunat ✓ Sebagai makmum apabila didalam perkara yang sunat maka janganlah dia melakukan sesuatu perbuatan sunat yang tidak mengikut imam (menyalahi imam) ✓ Contohnya didalam solat ada sujud tilawah. Perkara ini adalah sunat. Didalam sembahyang berjemaah, seorang makmum wajib mengikut imam. Sekiranya imam sujud, hendaklah dia sujud. Tetapi sekiranya imam terlupa untuk sujud tilawah, maka makmum juga kenalah ikut imam, tidak mengerjakan sujud tersebut. ✓ Sebaliknya didalam bab sujud sahwi. Jika imam mengerjakan maka wajib makmum mengikuti imam. Tetapi jika imam tidak melakukan sujud sahwi, maka makmum dibolehkan melakukan sujud sahwi selepas imam memberi salam. ✓  Didalam tahayat awal jika seorang imam terlupa. Ia itu dia bangun selepas sujud tanpa membaca tahayat awal. Maka ma...

Ustaz Nazri 300918

Kuliah Subuh ✓ Masbuk adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca al-fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lama. (Utusan Malaysia) ✓ Bila seseorang makmum masuk berjemaah lewat, imam kemudian rukuk sebelum dia habis membaca AL Fathihah dengan kadar sederhana, maka dia tidak perlu habiskan bacaan Al Fathihah, dia terus rukuk bersama imam. ✓ Walaubagaimanapun jika seseorang itu Masbuk, iman sudah diakhir surah kemudian rukuk. Makmum hendaklah membaca Fathihah sekadar yang termampu sebelum rukuk. Bismillah...pun sudah mencukupi. ✓ Wassalam

Ustaz Yahaya 290918

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam ✓ Ilmu syariat merupakan asas didalam ilmu agama Islam. Struktur asas manusia beragama Islam. ✓ Ilmu tariqat merupakan ilmu untuk orang mukmin menjalankan segala kewajipan dengan penuh fokus dan motivasi ✓ Setelah mencapai kompetensi didalam kedua dua cabang ilmu barulah sesaorang itu dapat menkecapi ketenangan dan ketenteraman didalam kehidupan didunia ini. Tercapailah outcome kehidupan mukmin supaya membawa bekalan yang cukup untuk meneruskan hidup kealam yang seterusnya, hinggalah sampai dihari perhitungan. ✓ Tasawuf merupakan ilmu dan amalan yang dapat mendekatkan diri dan roh sesaorang mukmin itu dengan Allah SWT. Supaya roh itu dapat mencapai tahap ketenangan semasa ia kembali kepada penciptanya. ✓ Orang yang beriman serta memahami hakikat sebenar hidup dialam ini dapat menundukkan hawa nafsu dan godaan iblis dan syaitan. Kepentingan ilmu tasawuf dan amalan nya dapat menyelamatkan manusia daripada diperdayakan oleh n...

Ustaz Adnan 260918

Kuliah Maghrib ✓  Berbeza Allah SWT dengan makhluk ciptaanNYA. Maka mustahil bagi NYA mempunyai sifat seperti ciptaanNYA ✓ Apa yang berlaku dalam alam ini semuanya daripada Allah SWT. Bagi ahli sunnah Waljamaah ia yakin yang semua yang baik atau tidak baik itu kehendak Allah SWT. ✓ Ciptaan Allah SWT meliputi semua yang ada didalam alam ini. Jadi orang yang beriman, setiap ketika  hayatnya akan melihat kejadian Allah SWT. Maka dengan itu juga hatinya selalu mengingati NYA ✓ Allah SWT menciptakan makhluk, dan segala perbuatan makhluk juga digerakkan oleh NYA. Wajib bagi orang mukmin beriman dengan Qada'& Qadar. ✓ Taufiq adalah menjadikan Allah SWT akan kuasa untuk sesaorang mendapat mengerjakan perkara yang baik. Supaya sesaorang itu dapat mencapai akan keredhaan NYA ✓ Allah SWT akan memberi janjiNya kepada orang yang beriman. Iaitu anugerah syurga. ✓ Begitu sebaliknya orang yang kafir Allah SWT janjikan siksaan neraka. Janji itu pasti terjadi. ...

Ustaz Dato' Nizam 250918

Kuliah Maghrib ✓ Semua makhluk yang bergerak Allah SWT telah menentukan rezekinya ✓ Orang yang banyak beristighfar juga dilapangkan rezeki nya ✓ Begitu juga orang yang selalu bersyukur juga dilapangkan rezekinya ✓ Allah SWT juga melapangkan rezeki bila membina keluarga. Serta anak yang dilahirkan. ✓ Ketentuan rezeki yang dikecapi manusia merupakan ilmu Allah SWT ✓ Dan jikalau Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat." (QS. Asy Syuraa: 27) ✓ Nabi Sulaiman bila mendapat rezeki yang banyak dia sedar akan ujian keatasnya. Dia lebih beriman. ✓ Qarun pula bila diberi rezeki dia menjadi lebih kufur akan nikmat Wassalam

Ustaz Nazri 240918

Kuliah Maghrib ✓ Allah SWT telah memberi peringatan kepada mereka yang ingkar akan azab kubur dan azab neraka. Ancaman itu termaktub didalam Al Quran ✓ Kematian merupakan bermulanya siksaan dalam kubur bagi orang yang ingkar ✓ Sebaliknya kematian merupakan nikmat bagi orang orang yang beriman dan bertaqwa ✓ Diakhirat kelak Allah SWT menunjukkan segala amalan kita. Yang baik dan yang buruk. Oleh kerana itu segeralah bertaubat. Jangan tangguh. ✓ Orang kafir dan orang yang banyak dosa setelah mendapat rekod amalan nya, tahu yang amalan dosanya banyak. Nak menyesal pun dah terlambat. Tempatnya di neraka. "Kalau aku dulu jadi tanah" keluhan sebelum dihukum. Wassalam

Ustaz Shahriza 230918

Kuliah Maghrib ✓Agama Yahudi dan Nasrani rosak     • Ahli agama mereka pinda wahyu     • Kitab dirombak     • Mengikut mahzab masing     • Melarang orang awam bertanya ✓ Agama Islam pula...      • Landasannya Qur'an yang satu      • Serta hadits yang sohih      • Orang awam digalakkan bertanya      • Kalau tak tahu, bertanya ✓ Syariat Islam     • Hukum daripada Allah SWT yang disampaikan oleh Rasulullah SAW     • Nas daripada Al Quran dan Hadith     • Tidak boleh diubah oleh manusia mengikut nafsu orang tertentu ✓ Rasulullah SAW, Nabi Muhammad     • Diturunkan untuk semua manusia     • Qur'an ini untuk penjelasan untuk semua manusia     • Tuturan Baginda dipandu Allah SWT     • Para sahabat taat akan ...