Posts

Ustaz Jemputan 291219

Kuliah Maghrib Malaikat berdoa kepada Allah SWT supaya memberi keampunan dan kebaikan akan orang yang melakukan perkara-perkara berikut.... ✓ Orang yang sebelum tidur...      • Bersih pakaian      • Berwangi-wangian      • Bersugi      • Berwuduk ✓ Orang yang menunggu masuknya waktu solat. ✓ Orang yang bersolat jemaah disaf hadapan. Lagi dekat dengan imam lagi Afdhal. ✓ Orang yang didalam solat berjemaah yang menyempurnakan safnya. Rapat. Bahu bertemu bahu. Buku lali sama garisan. ✓ Orang yang mengaminkan fathihah imam didalam solat jemaah. ✓ Orang yang duduk ditempat solatnya selepas dia selesai solat. ✓ Orang yang bersolat subuh dan Isya' berjemaah ✓ Orang yang mendoakan kebaikan kepada orang lain. Tanpa pengetahuan orang itu. ✓ Orang yang rajin bersedekah. ✓ Orang yang suka menziarahi orang sakit. ✓ Orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain ✓ Orang yang bangun bersahur. ✓ Wassalam  

Ustaz Nizam 291219

Kuliah Subuh ✓ Ada golongan yang menyalah guna Al Quran Dan hadith Untuk memuaskan nafsu. Tanpa merujuk kepada maksud sebenar ayat ayat Al Quran tersebut ✓ Orang yang beriman sentiasa berpegang teguh kepada ajaran sebenar Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. ✓ Sebaik baik makhluk yang dijadikan Allah SWT adalah para nabi dan para rasul. Yang utama dari sekelian nabi dan rasul adalah Nabi Muhammad SAW. ✓ Apa sahaja yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar walaupun ia bertentangan dengan  logik. Itulah pegangan orang yang beriman. ✓ Pegangan ahli sunnah waljamaah adalah para Nabi adalah manusia yang maksum. Manusia yang lain bukan nya sampai kepada makam maksum. Para wali dikatakan makfus. Dijaga Allah SWT. Tetapi tidak sampai ke makam para nabi. ✓ Sifat wajib bagi Rasul adalah Sidiq, Amanah, Tabligh, Fathanah. ✓ Sifat Mustahil bagi para nabi Kidzib - berbohong, Khianat, Kitman- sembunyi wahyu, Jahlun- bodoh. ✓ Sebagai orang yang beriman hendaklah berwaspada dengan cerita-ceri...

Ustaz Jihad 281219

Kuliah Subuh ✓ Manusia mempunyai bahagian fizikal dan hati. Kedua dua bahagian kadangkala berpenyakit. Fizikal ada sakitnya. Hati juga ada sakitnya. ✓ Hati adalah tempat dimana Allah SWT memandang manusia. Serta disitu juga tempat bertembungnya pengaruh malaikat dan iblis didalam sesaorang. ✓ Penyakit hati boleh membawa sesaorang itu tidak memasuki syurga. Ini dinyatakan Rasulullah SAW. Sombong merupakan sakit hati. ✓ Yang paling buruk penyakit hati adalah berlaku sombong kepada Allah SWT. Serta takabur kepada manusia. ✓ Sebab sebab berlakunya penyakit sombong... • Merasa dirinya banyak ilmu. Padahal dia baru belajar tahap pertama. Tidak mendalam. • Merasa yang amalan nya sudah banyak. • Bermegah dengan keturunannya. Sehingga menindas dengan orang lain. Iblis berlaku sombong kepada Adam kerana ia merasakan dirinya dari keturunan yang lebih baik. • Kehebatan harta yang dipunyai. Qarun mempunyai harta yang banyak, akhirnya di musnahkan Allah SWT kerana sombongnya. • Kecantikan juga punca...

Ustaz Dr Syahibuddin 271219

Kuliah Jumaat ✓ Peristiwa gerhana matahari ada hikmahnya dari perspektif agama... ✓ Surah Yunus ayat 5. Maksudnya : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). ✓ Anak Rasulullah SAW Yang bernama Ibrahim meninggal dunia pada hari gerhana matahari. ✓ Ada para sahabat melibatkan kematian tersebut dengan gerhana matahari. Baginda Rasulullah SAW menegaskan bahawa ianya tidak benar. Sabda Baginda yang bermaksud "Gerhana ini adalah tanda-tanda dari Allah, bukan disebabkan karena kematian atau kelahiran seseorang. Namun gerhana ini terja...

Ustaz Fazrul 251219

Kuliah Maghrib يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ✓Surah Al Hashr Ayat ke18 maksudnya:  Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. ✓ Orang yang beriman perlulah memastikan persiapannya untuk kehari akhirat secukupnya. ✓ Semasa didunia orang yang beriman merasa cemas sekiranya sampai masanya untuk menunaikan ibadah yang diwajibkan Allah SWT keatas dirinya. ✓ Orang yang ingin berjaya hidupnya diakhirat kelak hendaklah dia menjadi seorang yang bertakwa. ✓ Perlulah kita melihat gerak diri sendiri supaya tidak terlepas mengerjakan ibada...

Ustaz 251219

Kuliah Maghrib يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ✓Surah Al Hashr Ayat ke18 maksudnya:  Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. ✓ Orang yang beriman perlulah memastikan persiapannya untuk kehari akhirat secukupnya. ✓ Semasa didunia orang yang beriman merasa cemas sekiranya sampai masanya untuk menunaikan ibadah yang diwajibkan Allah SWT keatas dirinya. ✓ Orang yang ingin berjaya hidupnya diakhirat kelak hendaklah dia menjadi seorang yang bertakwa. ✓ Perlulah kita melihat gerak diri sendiri supaya tidak terlepas mengerjakan ibada...

Ustaz 251219

Kuliah Subuh ✓ "Maukah kalian aku tunjukkan orang yg haram (tersentuh api) neraka?" tanya Rasulullah SAW. Para sahabat berkata, "Iya, wahai Rasulallah!" Beliau Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menjawab, "(Haram tersentuh api neraka) orang yg hayyin, layyin, qorib, dan sahl" ( Hr. Imam At-Tirmidzi dan Imam Ibnu Hiban) ✓ HAYYIN, orang yang beriman mempunyai sifat tenang. Mereka merupakan golongan yang Rasulullah SAW menyatakan yang Allah SWT mengharamkan daripada api neraka. Mereka juga tidak mudah melenting. Tidak menyebarkan sesuatu maklumat tanpa diperiksa. ✓ LAYYIN, Orang yang mempunyai budi bahasa yang baik adalah golongan kedua Rasulullah SAW menyatakan tidak disentuh oleh api neraka. Beradab sopan yang disenangi oleh orang yang disekelilingnya. 'Character' yang tinggi nilai pekertinya. ✓ QORIB, mereka merupakan manusia yang mengeratkan silaturrahim. Tidak suka berkonflik dengan perkara-perkara yang kecil. Melakukan perkara yang dapat mengerat...