Pengenalan pengajian Tasauf
Tajuk kuliah pada malam ini berkisar kepada pengenalan Kitab Hikam - Iaitu sebuah kitab Tasauf didalam bahasa jawi lama. Penyampai kuliah ia lah Ustaz Husmadi daripada JAIS. Kuliah ini merupakan sessi majlis ilmu anjuran Masjid Al Huda, Seksyen 19, Shah Alam
• Menimba ilmu didalam bidang agama sebaik- baiknya dipelajari dengan menggunakkan kitab untuk memahaminya dengan baik. Kerana kitab- kitab itu ditulis oleh orang- orang yang mempunyai ILMU yang mendalam. kitab yang digunakan itu perlu diiktiraf oleh para ulama'.
• Didalam mempelajari ilmu TASAUF perlulah bersedia untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. 'Content' nya pula meluas serta mendalam. Ta' ramai yang sanggup bersabar menimba ilmu ini dengan baik. Sekiranya dibuat 'comparison' ilmu Tasauf ini lebih luas lagi daripada ilmu TAUHID dan ilmu FIQH.
• Kemanisan melakukan ibadah saperti SOLAT hanya dapat dirasai oleh mereka yang dosanya telah mendapat keampunan. Macam meter itu kembali kepada ko...