Kuliah subuh yang di sampailkan oleh Ustaz Abd Halim daripada JAIS . Tajuk kuliyah adalah mengenai sifat pemurah meinfaqkan harta benda . • Allah SWT telah berfirman yang bermaksud. Apa sahaja yg telah kamu infaqkan, maka Allah SWT akan tukarkan menjadi kesejahteraan kepada diri kamu sendiri. • Begitulah didalam beberapa ayat Al Quran apa sahaja kebaikan yang dikerjakan maka kamulah yang akan mendapat kenikmatannya. • Janji Allah SWT bahawa jika kita membelanjakan harta kejalan Allah , maka IA akan mencukupkan kehendak manusia. Sama ada dengan mencukupkan keperluan ekonomi, kesejahteraan hidup, kesihatan dan sebagainya. • Allah SWT mengetahui akan benda yang kita infaqkan. Tidak mengira perkara itu besar ataupun kecil. • Para Nabi dan Rasul mempercayai akan janji Allah SWT. Mereka yakin akan kekuasaan dan rahmat tuhan. Jadi mereka telah sanggup menghadapi kesusahan dan ujian didalam menjalankan perintahNya. Contohnya adalah bagaimana Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah SWT denga...