Ustaz Zulkifli 060709
Kuliah Maghrib
• Izzah, itu membawa erti kehebatan. Apabila dibawa kepada konteks Islam ia membawa erti satu kehebatan dari segi tamadun yang mengagungkan Allah SWT. Sifat Aziz yang ada pada NYA adalah kehebatan yang diluar gambaran dan kotak pemikiran manusia. Maha hebatnya Allah SWT sungguh tiada tandingan.
• Al Mutakkabir adalah satu nama Allah SWT. Sifat yang terpuji yang tiada tandingannya.
• Allah SWT berhak untuk memuji diriNYA. Sifat ini hanyalah pada tuhan yang esa. Tiada ada sesiapapun melainkan DIA yang berhak dipuji.
• Manusia yang sombong sanggup memuji dirinya tetapi ia tahu bahawa ada kelemahan serta cacat & cela nya. Contoh saperti Firaun yang zalim.
• Semasa didunia ini manusia apabila mendapat kekayaan dan kelebihan daripada manusia yang lain, maka akan timbullah sifat sombong. Tetapi sifat tersebut adalah sesuatu kelemahan. Ada ' ' 'Inferiority compex' yang timbul daripada satu sifat rasa yang ada sesuatu yang kurang pada dirinya...