Ustaz Zaid 251209
Kuliah Maghrib
• Bulan Muharam merupakan bulan pertama didalam kalender Islam. Bermakna kita meninggalkan tahun yang lama dan menyambut kedatangan tahun yang baru. Ini juga melambangkang semakin meningkat umur kita. Serta semakin hampir kepada kematian.
• Didalam kita mengadakan majlis menyambut tahun baru atau maal hijrah hendaklah kita berazam untuk memperkuatkan ukhuwah Islamiah. Kerana pada hari ini semakin ketara perpecahan yang berlaku diantara ummat Islam.
• Untuk memperkuatkan ukhuwah memerlukan perancangan yang komprehensif. Sepertimana rancangan yang dibuat oleh Rasulullah SAW semasa baginda hendak melakukan hijrah.
• Kejayaan hanya akan tercapai dengan keredhaan Allah SWT. Hanya orang yang beriman yang akan mencapai keredhaan Allah SWT.
• Perpecahan didalam ummah adalah kerana mereka yang suka berbalah adalah orang yang tidak mantap iman mereka. Iman yang longgar juga merupakan kehancuran ummah yang tenggelam didalam maksiat.
• Iman yang mantap memerlukan k...