Kuliah Subuh
• Didalam sebuah hadith qudsi diriwayatkan yang bermaksud bahawa Allah SWT hairan melihat manusia yang yakin kepada kematian tetapi masih bersukaria gembira dengan kesenangan dunia ini. Ghairah mengumpul harta yang banyak. Berlumba lumba dengan cara hidup yang bermewah- mewahan. Lalai serta tidak bersedia menghadapi mati.
• Orang yang beriman haruslah bersedia menghadapi mati. Dengan menyerjakan amal yang soleh sebanyak- banyaknya. Saperti amalan Rasulullah SAW.
• Rasulullah SAW adalah rahmat kepada ummah. Kerana Baginda membawa risalah agama Islam yang menyelamatkan manusia daripada kejahilan. Menjadi contoh kepada semua manusia.
• Orang yang beriman hendaklah mempertingkatkan amalnya yang soleh. Berpandukan sunnah Rasulullah SAW. Mempertahankan syiarkan agama Islam.
• Baginda Rasulullah SAW selain daripada membawa risalah Islam, dia juga memberi contoh akhlak yang tinggi kepada manusia. Suka memaafkan orang yang melakukan kesalahan kepadanya. Sentiasa meng...