My idea : Ustaz Amran Yussof 280213
Ustaz Amran Yussof 280213 Ustaz Amran Yussof 280213 Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam Bersiwak Terdapat banyak hadith mengenai hal ini. Daripada Abu Hurayrah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Kalaulah tidak menyusahkan umatku pasti aku memerintahkan mereka supaya menggosok gigi bersama dengan setiap wudu`. (Malik: 115, Ahmad: 7412, al-Nasa`i, no: 7, Ibn Khuzaymah: 140, al-Bukhari secara ta'liq dalam Kitab al-Sawm Bab Siwak al-Ratb Wa al-Yabis) Hadis Abu Umamah, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Bersiwaklah kamu sekelian, sesungguhnya bersiwak itu dapat membersihkan mulut dan diredhai Allah." (HR Ibnu Majah) Namun, kebiasaannya Nabi s.a.w menggosok gigi berulang kali setiap hari. Sehubungan dengan ini, Amir bin Rabiah melaporkan: "Aku melihat nabi menggosok gigi (berulang-ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika baginda berpuasa." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi). Huku...