Ustaz Shamsuddin 311221
Tazkirah Jumaat • Kehendak manusia tidak sama dengan kehendak Allah SWT. Apa yang DIA kehendaki pasti akan terjadi. • Manusia tidak mahu berhadapan dengan mala petaka tetapi jika Allah SWT menghendaki ia terjadi, tiada siapa yang dapat menghalangnya. • Kepada kehendak Allah SWT bersandar sesuatu kejadian. • Disebalik ketentuan Allah SWT ada hikmahnya. Ada rahsia. Ada kebaikan untuk hambaNya. • Orang yang beriman percaya apa sahaja yang terjadi adalahlah dengan kehendak Allah SWT. • Allah SWT yang maha berkuasa dan maha mengetahui apa yang manusia tidak tahu. • Surah Al Ana'am 115. Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. • Didalam hal keadaan banjir di Shah Alam baru baru ini hendaklah orang-orang yang beriman memikirkan apakah hikmah disebalik kejadian itu. • Sedarlah didalam apa...