Ustaz Rahmatullah 310123
Kuliah Maghrib • Perbuatan dosa dan maksiat akan membawa keburukan zahir dan batin bagi pelakunya. • Menjadikan seseorang itu lemah dan malas untuk melakukan ibadat. • Kesempitan hidup PASTI terjadi kepada sesiapa yang melakukan dosa dan maksiat berterusan. • NAFSU memang suka bila seseorang itu melakukan maksiat. • Untuk mengelakkan keburukan didalam hidupnya perlulah dia kembali kepada Allah SWT dengan bertaubat. • Seorang yang beriman ada kewajipan untuk dijalankan semata mata kerana Allah SWT. Malah dia berjanji didalam solatnya. • Dari Mu'adz bin Jabal radhiyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Wahai Mu'adz, tahukah kamu apa hak Allah atas para hamba-Nya dan apa hak hamba atas Allah?" Aku menjawab: 'Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu'. Beliau bersabda: "Sesungguhnya hak Allah atas para hamba adalah beribadah kepada-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan hak hamba atas Allah adalah Dia ti...