Posts

Showing posts from June, 2024

Ustaz Firdaus 300624

Kuliah Subuh • Baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya berjuang menegakkan agama Islam. Mereka berkorban harta dan nyawa semata mata untuk membawa risalah Islam kepada seluruh dunia. Sehinggalah sampai kepada kita hari ini. • Sebagai seorang mukmin perlulah kita menghayati setiap ibadat yang dilakukan. Mempunyai ilmu yang secukup untuk melakukan ibadah itu dengan sempurna. • Segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap orang hendaklah digunakan secara yang diperintah oleh Allah SWT. Jangan melakukan sesuatu yang berlainan dengan perintah tersebut, jangan kufur nikmat. • Seorang mukmin hendaklah selalu berdoa memohon kesejahteraan hidup didunia dan lebih- lebih lagi diakhirat nanti. Serta bertawakal kepada Allah SWT. • Sesaorang mukmin apabila dia berdoa perlulah dia faham apa yang diminta kepada Allah SWT. Sebaiknya doa tersebut diambil daripada doa- doa para rasul yang terdapat didalam Al Quran. • Bagi umat Nabi Muhammad SAW digalakkan berdoa dengan doa-doa yang diajar

Ustaz Abdul Rahim Nasir 290624

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/bKtoDZp5JXWMgjNS/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Farhan 230624

Kuliah Maghrib https://www.facebook.com/share/p/SwjiRcvP13zcynGK/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Abdul Halim 230624

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/p/HA1Sw4mRySE9GuN5/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Hafizulah 220624

Kuliah Maghrib • FB Live https://www.facebook.com/share/p/UPrRgXkBExnzMVwo/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Suhaimi 220624

Kuliah Subuh • FB Live : https://www.facebook.com/share/p/JXmQ3nC4vjtRJHeq/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Muhaimin 210624

Kuliah Maghrib • Qur'an: Al-Maaida (5:27) وَاتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَاَ ابۡنَىۡ اٰدَمَ بِالۡحَـقِّ‌ۘ اِذۡ قَرَّبَا قُرۡبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنۡ اَحَدِهِمَا وَلَمۡ يُتَقَبَّلۡ مِنَ الۡاٰخَرِؕ قَالَ لَاَقۡتُلَـنَّكَ‌ؕ قَالَ اِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللّٰهُ مِنَ الۡمُتَّقِيۡنَ Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; • Qur'an: Al-Maaida (5:28) لَٮِٕنۡۢ بَسَطْتَّ اِلَىَّ يَدَكَ لِتَقۡتُلَنِىۡ مَاۤ اَنَا بِبَاسِطٍ يَّدِىَ اِلَيۡكَ لِاَقۡتُلَكَ‌ ۚ اِنِّىۡۤ اَخَافُ اللّٰهَ رَبَّ الۡعٰلَمِيۡنَ‏" Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan

Ustaz Lokhman Daud 160624

Kuliah Maghrib FB Live https://www.facebook.com/share/p/Cz38B7Qrxq4ecWkp/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Azman 160624

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/88pfNY3E2FFwFNQN/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 140624

Kuliah Subuh • "Ada seorang lelaki bertanya, 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang terbaik?' Beliau jawab: 'Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya'. Ia bertanya lagi: 'Lalu siapakah orang yang terburuk?' Beliau jawab: 'Orang yang panjang umurnya dan buruk perbuatannya'." (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Al-Haitami) • Keberkahan umur   - walaupun pun pendek tapi merasai kenikmatan hidup   - nikmat yang bahasa tak dapat menceritakan • Berkah bermaksud adalah nilai yang dikecapi dari sesuatu. Contoh umur dan ilmu. Dan sebagainya. • Nilai yang dikecapi dari sesuatu Keberkahan itu besar kesannya kepada sesiapa yang menikmatinya. Tidaklah seseorang itu menjangka akan kenikmatan tersebut. Tidak terlintas didalam hati dan fikirnya. • Orang yang soleh, hidup mereka dihiasi dengan keberkahan didalam berbagai dimensi kenikmatan yang dialami didalam hidup mereka. Daripada sudud yang kecil didalam kehidupannya tetapi besar nilai yang di nikmati. •

Ustaz Dr Mohd Ali 130624

Kuliah Maghrib • Al-Alaq (96:5) عَلَّمَ الۡاِنۡسَانَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡؕ Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. •  Al-Faatiha (1:2) اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. • Al-Furqaan (25:65) وَالَّذِيۡنَ يَقُوۡلُوۡنَ رَبَّنَا اصۡرِفۡ عَنَّا عَذَابَ جَهَـنَّمَ ‌ۖ  اِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan • An-Noor (24:35) اَللّٰهُ نُوۡرُ السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ ‌ؕ مَثَلُ نُوۡرِهٖ كَمِشۡكٰوةٍ فِيۡهَا مِصۡبَاحٌ‌ ؕ الۡمِصۡبَاحُ فِىۡ زُجَاجَةٍ‌ ؕ اَلزُّجَاجَةُ كَاَنَّهَا كَوۡكَبٌ دُرِّىٌّ يُّوۡقَدُ مِنۡ شَجَرَةٍ مُّبٰـرَكَةٍ زَيۡتُوۡنَةٍ لَّا شَرۡقِيَّةٍ وَّلَا غَرۡبِيَّةٍ ۙ يَّـكَادُ زَيۡتُهَا يُضِىۡٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ‌ ؕ نُوۡرٌ عَلٰى نُوۡرٍ‌ ؕ يَهۡدِى اللّٰهُ لِنُوۡرِهٖ مَنۡ يَّشَآءُ‌ ؕ وَ يَضۡرِبُ اللّٰهُ الۡاَمۡثَالَ لِلنَّاسِ‌ؕ و
Tazkirah Jumaat Masjid Negeri FB Live https://www.facebook.com/share/v/tC9214wDJUKTxKcH/?mibextid=qi2Omg Wassalam 

Ustaz Shamsuddin 090624

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/mFKUF2Fu2PfWxRiS/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Shukri 080624

Kuliah Maghrib • Perbanyakkan syukur kepada Allah SWT diatas bertemu kembali 10 hari yang terawal di bulan Zulhijjah. • Nabi S.A.W bersabda mengenai keistimewaan hari-hari ini. Hadis dari Ibn Abbas R.A, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Tidak ada hari di mana suatu amal soleh yang sangat dicintai Allah S.W.T melebihi amal soleh yang dilakukan di sepuluh hari ini (10 hari pertama Zulhijjah-pen)" Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, termasuk lebih utama dari dari jihad fi sabilillah?" Nabi S.A.W menjawab, "Termasuk lebih utama dibanding jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya (ke medan jihad) dan tidak ada satu pun yang kembali (mati dan hartanya diambil musuh-pen)." (Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmizi) • Selain daripada berlumba melakukan ibadah, orang yang beriman perlu juga menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat. Terutama sesiapa yang melakukan fitnah kepada orang lain. Di akhirat kelak dia seperti seorang

Ustaz Dr Nizam 080624

Kuliah Subuh • Para wali Allah SWT tidak rasa takut atau bersedih dengan kedatangan hari kiamat. Oleh kerana mereka sudah membuat persediaan menghadapinya. • Wali Allah SWT adalah mereka yang beriman dan bertakwa. Definisi ini adalah daripada Al Quran. • Imam yang besar dan hebat pada masa dahulu tidak menggunakan title 'wali'. Walhal pada hari ini kita dengar ramai orang yang mengakui menjadi wali. • Para wali ada yang dianugerahkan karamah. Sebagai orang yang beriman hendaklah percaya akan fakta tersebut. Tetapi tidak perlu beriman dengan cerita-cerita mengenai karamah. • Terdapat banyak cerita mengenai karamah yang tidak menepati dalil Al Quran dan Hadith. Tidak juga dapat dipastikan dengan akal atau logik. • Didalam berkata tentang dunia kewalian hendaklah orang-orang yang beriman berwaspada. Kerana ramai yang taksub dengannya. • Berbagai cerita mengenai karamah seperti: - Naik ke langit 70 kali sehari - bawa kereta tidak perlu minyak - kusyuk solat hingga keluar air mani •

Ustaz Fahmi Zakaria 070624

Kuliah Maghrib • Perbicaraan mengenai halal dan haram didalam Islam. Berasaskan daripada kitab yang ditulis oleh Allahyarham Sheikh Qardhawi. • Umat Islam diseru agar makanan mereka adalah yang halal dan yang baik. • Allah SWT mencipta manusia sedemikian yang memerlukan makan dan minum. Ini adalah kehendak Allah SWT. • Diperintahkan orang yang beriman memakan makanan yang baik. "Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya, maka ianya adalah halal dan apa sahaja yang diharamkan-Nya, maka ianya pula adalah haram. Dan apa sahaja yang didiamkan-Nya, maka ianya itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafannya itu daripada Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tidak lupa barang sedikitpun. Kemudian Rasulullah SAW membaca daripada firman Allah SWT: Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa." (Surah Maryam: 64). • Kebanyakan orang faham mengenai makanan yang halal. Tetapi ramai yang keliru mengenai makanan yang tayyibat ( Baik). • Makanan yang tayyibat... - perlulah perkara yang

Ustaz Muhadhir Joll 070624

Kuliah Jumaat Masjid Negeri FB Live https://www.facebook.com/share/v/TUxHzrVooqrwMvG7/?mibextid=qi2Omg Wassalam 

Ustaz Hassan Basri 050624

Kuliah Maghrib • Ustaz menceritakan satu kisah seorang tokoh agama di Arab Saudi. Menulis beberapa kitab mempertahankan Islam, Quran dan Sunnah. Tetapi diakhir hayatnya dia menjadi murtad. Seorang Atheis. • Ambil pengajaran daripada peristiwa ini agar kita tidak menuduh sesaorang itu tidak beriman. Kerana kita sendiri tidak tahu apa kesudahan hidup kita. Perlu diperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar kematian kita nanti adalah didalam iman dan Islam. • Dihari akhirat kelak ada segolongan manusia yang disiksa didalam neraka. Mereka merayu kepada Allah SWT agar dikeluarkan daripada tempat siksaan nya. Allah SWT menempelak mereka dengan hujah hidup mereka didunia yang panjang sudah cukup untuk beramal Soleh. • Umur yang panjang adalah 60 tahun diatas pendapat Imam Nawawi RA. • Dizaman Baginda, orang- orang di Madinah selepas umur 40 tahun, mereka menumpukan memperbanyakkan amal yang soleh. • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ عُمِّرَ سِتِّينَ سَنَةً، أَوْ سَبْعِينَ

Ustaz Farid 030624

Kuliah Maghrib FB Live https://www.facebook.com/share/p/Xr8cmEeQbVnX2qfs/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Fahmi Zakaria

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/p/LAdPr1y8t3gi3eEr/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Yusuf 020624

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/p/fRBaYGtmNWd5oqS8/?mibextid=qi2Omg Wassalam