Posts

Tazkirah Ramadhan Ustaz Sharhan 200714

Image

Ustaz Azman 200714

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Ilmu itu adalah luas Tidak ada manusia yang sempurna ilmu pengetahuannya Yang paling baik dan sempurna ilmunya hanyalah kepunyaan Allah SWT Ulama ' yang besar tidaklah sombong dengan apa ilmu yang dipunyai Mereka tahu yang ilmunya adalah pemberian Allah SWT Ilmu itu merupakan amanah dari Allah SWT kepada nya Untuk disampaikan kepada orang ramai Rasulullah SAW berpesan kepada sahabatnya supaya memahami agama itu dengan betul. Luruskan hati dengan niat semata - mata kerana Allah SWT Serta beramal dengan ilmu tersebut Didalam mengerjakan ibadah perlulah mempunyai ilmu serta beramal dengannya Beramal juga perlu dilakukan dengan baik mengikut sunnah Rasulullah SAW Serta dikerjakan dengan cara beristiqamah.  Walaupun sedikit Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Shamsuddin 190714

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang mendapat ma'rifah akan mendapat nur Illahi Mendapat tingkatan yang tinggi didalam ma'rifah kepada Allah  SWT adalah anugerah yang baik Nur Illahi itu terletak didalam hati orang yang terpilih.  Kelebihan mereka adalah dapat melihat sesuatu yang tidak mungkin dapat dilihat oleh hati orang awam. Hati mereka dapat melihat perkara yang tidak mungkin dilihat oleh mata kasar. Ini adalah anugerah dari Allah SWT kepada orang yang beriman yang selalu mengikuti akan perintah Allah SWT. Bagi orang yang beriman melakukan perbuatan yang tidak mengikuti hukum agama merupakan amalan fasiq. Maka ianya akan menjeput kemurkaan Allah SWT. Sebaliknya jika orang yang beriman yang sentiasa mengikuti akan kehendak agama akan memungkinkan dia mendapat Nur Illahi. Perlulah ia rajin dan bersungguh didalam beramal soleh. Nur Illahi itu jika diperolehi akan dapat melihat dengan hatinya akan segala kebesaran Allah SWT. Anugerah terindah ini adalah satu pemb...

Ustaz Irwan 150714

Tazkirah Ramadhan Diwajibkan zakat fitrah keatas setiap orang mukmin dan mereka dibawah tanggungan nya. Golongan asnaf yang diwajibkan menerima zakat telah ditetapkan syariat Ada juga golongan orang yang tidak boleh diberi wang zakat Para ulama berkhilaf samaada zakat itu boleh dibayar dengan wang.  Tetapi ulama di Malaysia membolehkan membayar dengan wang. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Firdaus 140714

Tazkirah Ramadhan Al Quran di turunkan pada bulan Ramadhan Diwahyukan kepada Rasulullah SAW secara perlahan berperingkat Baginda seperti mana manusia lain rasa terkejut pada mulanya dibawakan wahyu oleh Jibril. Hinggakan ditenangkan oleh isterinya Siti Khadijah. Al Quran diturunkan untuk memisahkan antara yang haq dengan yang bathil.  Perbezaan antara Islam dan agama lain. Terdapat didalamnya hukum yang disyariatkan kepada orang mukmin. Ada perkara yang hukum nya Haram, Makruh, Harus, Sunnnat dan Wajib. Orang Islam perlulah mengimani dan mempraktikkan Al Quran didalam hidupnya. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Othman Abdullah 130714

Tazkirah Ramadhan Dibulah puasa orang yang beriman dididik untuk mengikuti perintah Allah SWT Melakukan ibadah semata-mata kerana Allah SWT.  Membulatkan niat dengan ikhlas Bertaubat juga adalah ibadah.  Malah tingginya derajat, digelar ibu segala ibadah. Untuk bertaubat yang terbaik, sesaorang itu perlu mempunyai ilmu. Kerana dengannya ia akan mengenal akan dosanya. Jangan ada orang yang beriman mempunyai sifat takabur.  Seperti sikap Firaun. Juga orang yang beriman hendaklah menjauhkan diri dari sifat syaitan serta sifat kebinatangan. Kerana tidak layak orang mukmin mempunyai sifat sedemikian. Keampunan Allah dianugerahkan kepada orang yang beriman serta melakukan amal soleh. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Ustaz Shamsuddin 130714

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Ilmu ma'rifah adalah pemberian Allah SWT kepada hamba NYA. Untuk benar-benar mengenal sifat-sifat Allah SWT Nur ma'rifah membebaskan diri dari penghambaan selain daripada Allah SWT Mereka tidak dipengaruhi oleh hawa nafsu Allah SWT juga memberi perasaan tidak membesar diri sendiri, yang besar itu hanyalah Allah SWT Nur ma'rifah dapat mengawal ego sesaorang itu.  Tidak bermegah dengan apa yang dimiliki diri sendiri. Ilmu pemberian Allah SWT ini adalah untuk kita menjadi lebih kuat beribadah Ikhlas melakukan sesuatu amalan dengan bersungguh Melawan nafsu yang ingin membawa kita melakukan sesuatu ibadah dengan niat untuk menunjuk kepada orang lain. Sesaorang hamba yang beramal dengan ilmu nur ma'rifah secara ikhlas akan ditambahkan Allah SWT tingkat ilmu yang lebih tinggi. Manusia yang mencinta dunia sahaja akan hilang dari mendapat akhiratnya. Tetapi manusia yang mencintai akhirat akan mendapat kejayaan  dunia & akhirat. Wassalam ...