Kuliah Subuh 220608

KULIAH SUBUH 220608

Tajuk kuliah pagi ini ada lah CIRI - CIRI orang yang soleh. Disampaikan olih Ustaz Halim daripada JAIS.

Bagaimana mereka menjalankan hidup harian dengan penuh sederhana.

Allah SWT menyatakan akan datang generasi selepas para rasul yang akan mencuaikan solat. Mereka juga terlalu mengikut hawa nafsu. Maka akan mendapatlah ganjaran siksaan dengan di humban kedalam api nerka jahanam. Tetapi bagi orang-orang dikalangan mereka yang bertaubat, Maka ALLAH SWT memberi pertunjjuk dan akan mendapat ganjaran syurga. Beginilah murahnya Illahi.

Terdapat beberapa contoh manusia dimasa dahulu yang dapat di ambil sebagai iktibal. Bagaimana ALLAH SWT menjatuhkan hukum kepada kaum Nabi LUT. Mereka yang tidak mahu menerima risalah Nabi. Dah lah begitu, golongan ini suka melakukan hubungan sesama jenis.

Qaroon juga satu lagi contoh seorang manusia yang ingkar kepada ALLAH SWT. Walaupun diberikan kekayaan yang berlimpah limpah dia tetap tidak bersyukur serta ingkar akan suruhan ALLAH SWT.

Bagi orang yang soleh perlulah mengambil pelajaran daripada contoh - contoh yang diberi didalam Al Quran. Supaya tidak menjadi saperti golongan yang dilaknat olih ALLAH SWT.

Didalam beberapa hadith terdapat riwayat yang menceritakan cara hidup Rasullah SAW yang juga bolih dijadikan satu lagi sumber yang harus dicontohi.

Hidupan duniawi dijalankan dengan sederhana. Penuh dengan ketertiban. Tidak mengutamakan kehidupan didunia ini daripada kehidupan di akhirat. Sanggup bekorban dengan bersusahan serta berlaparan. Tetapi segala tuntutan agama harus diberi priority.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809