Kuliah Maghrib diMasjid Al Huda Shah Alam

Kuliah Maghrib ini telah disampaikan olih Ustaz Ahmad Dahsuki pada 16hb Jun 2008.

• Orang- orang yang berimanan sebagai manusia yg mulia selalu Ingat kepada MATI

• Orang yang tipis imannya yang selalu leka untuk menyerjakan ibadah dan tiada persiapan yang cukup untuk menghadapi mati pernah di sabdakan olih Rasulullah SAW bagaikan bangkai. Orang begini corak dan gaya hidupnya merupakan golongan yg rugi. Tempat mereka adalah 'confirm' neraka jahanam. Kerana mereka tidak yakin untuk bertemu dengan Allah
SWT.

• Insaflah bahawa saat menemui Allah SWT tetap akan tiba. Malah telah ditetapkan yang ta' dapat dirundingkan lagi. Walaupun orang yang kaya raya sekalipun tidak terlepas daripada kesakitan ketika mati.

• Nilainya ketika itu akan diukur ibadahnya. Kita bila mati akan membawa dosanya dan pahalanya

• manusia akan merasa takut
• Khuatir ta cukup ibadah
• Bayangan ketika mati
• Pertemuan dgn MMaut
• Sessi soal/ Jawap

• Insaflah kita ketika itu akan hari akhirat
• Bekalan ibadahnya
• Keampunan akan dosanya

• Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud orang yg cerdik adalah yang sentiasa mengingati mati.

• Orang yg beriman sentiasa memperlengkapkan diri untuk menghadapi al-maut

• Mengambil pengajaran akan kenalan dan saudara kita yang telah bertemu dengan maut.

• Maut itu datang dengan membawa kelam kabut didalam diri kita. Ketika kita tidak bersedia.

• Malaikat maut datang serta merentap akan roh dimana manusia masih tidak mahu dan rela untuk mati.

• Diwaktu itu barulah manusia sedar yg maut sudah tiba. Bagi yg cinta akan dunia ini tentu tidak bersedia. Allah SWT benci akan menemuinya. Kerana tidak merindukan akan saat pertemuan dengan Allah SWT.

• Rasulullah SAW menasihati sahabatnya yang kehidupan didunia ini sekejap sahaja bagaikan bermusqafir dan kemudianya meneruskan satu perjalanan yang jauh, iaitu alam akhirat.

• Maka bersedialah untuk menghadapi maut. Kerap menziarahi kubur. Ajar anak- anak bagaimana hendak mengurus jenazah serta berdoa akan keselamatan kita diakhirat kelak.

Wassalam dengan ucapan penghargaan saya kepada tuan guru yang memberi kuliah ini. Semoga menimbul akan kesedaran kita untuk membuat persiapan menghadapi Al MAUT.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809