Pengenalan pengajian Tasauf

Tajuk kuliah pada malam ini berkisar kepada pengenalan Kitab Hikam - Iaitu sebuah kitab Tasauf didalam bahasa jawi lama. Penyampai kuliah ia lah Ustaz Husmadi daripada JAIS. Kuliah ini merupakan sessi majlis ilmu anjuran Masjid Al Huda, Seksyen 19, Shah Alam

• Menimba ilmu didalam bidang agama sebaik- baiknya dipelajari dengan menggunakkan kitab untuk memahaminya dengan baik. Kerana kitab- kitab itu ditulis oleh orang- orang yang mempunyai ILMU yang mendalam. kitab yang digunakan itu perlu diiktiraf oleh para ulama'.

• Didalam mempelajari ilmu TASAUF perlulah bersedia untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. 'Content' nya pula meluas serta mendalam. Ta' ramai yang sanggup bersabar menimba ilmu ini dengan baik. Sekiranya dibuat 'comparison' ilmu Tasauf ini lebih luas lagi daripada ilmu TAUHID dan ilmu FIQH.

• Kemanisan melakukan ibadah saperti SOLAT hanya dapat dirasai oleh mereka yang dosanya telah mendapat keampunan. Macam meter itu kembali kepada kosong 'zero'. Didalam ilmu TASAUF ada ilmu untuk bertaubat. Supaya ketertiban pemikiran dan perbuatan dengan ilmu yang berlandaskan sunnah Rasullullah SAW serta kefahaman Al Qurannul Kareem. Taubat itu adalah pengharapan saorang hamba yang hanya bolih dimakbulkan dengan rahmat ALLAH SWT.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809