Ustaz Ghazali Hasbullah 310110

Kuliah Maghrib

• Bapa atau penjaga wajib memberi pendidikan kepada anak anaknya didalam bab akidah.

•Perkara yang wajib diberi pendidikan adalah perkara yang berhubung dengan hukum pada wujudnya Allah SWT. Saperti perkara yang wajib pada Allah SWT.

• Begitu jugalah dengan seorang suami, diwajibkan dia memberi pendidikan kepada isterinya.

• Maka perlulah dia (penjaga atau suami) mahir didalam bidang ilmu akidah. Sekiranya ia tidak mahir maka perlulah dia dan seisi keluarganya belajar daripada guru yang mahir.

• Belajarlah daripada guru yang berpandukan kepada Al Quraan dan Hadith. Bukan daripada mereka yang mengambil ilmu tidak daripada sumber yang benar. Ramai orang tersesat kerana belajar daripada guru yang tidak mahir didalam Quraan dan Hadith.

• Wajib bagi sesaorang mukmin itu mengenali akan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Tetapi orang yang tidak berilmu, mustahil dia dapat mengenali akan NYA dan pesuruhNYA.

• Kajahilan merupakan punca utama ramai yang tidak mengenali Allah SWT dan RasulNYA. Dan jika ilmu akidah tidak mahir maka ilmu agama yang lain juga akan jadi celaru. Hukum haram dan halal akan jadi kabur. Maka timbullah keadaan dimana yang haram dibenarkan dan yang halal dicela. Sudah hilang hukum Allah SWT didalam kehidupan seharian. Maka akan tersesatlah mereka...

• Sekiranya saorang ketua didalam keluarga tidak berilmu didalam akidah maka orang yang dipandunya juga dikhuatirkan akan lebih dekat dengan kejahilan. Malah takut nanti berani menentang hukum- hukum Allah SWT.

• Minta dijauhkan Allah SWT kita daripada kejahilan...

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914