Ustaz Yusuf 070210

Kuliah Subuh

• Menjadi saorang yang baik perlulah melakukah perbuatan yang baik dengan amalan yang soleh.

• Salman Al Farisyi saorang sahabat yang diberi Allah SWT mendapat hidayah. Menjadi gabenor di Kufa' semasa pemerintahan Saidina Omar Al Khattab.

• Beliau menuju ke Kufa' dari Madinah dengan menaiki kaldai. Ramai penduduk Kufa' bertanya yang mana satu Salman. Mereka tidak menyangka yang gabenor mereka datang dengan menaiki kaldai sahaja. Dizaman itu saorang gabenor itu saorang pembesar yang berkuasa.

• Adakah pendekatan Wasatiyah yang digunakan oleh Malaysia itu dapat melahirkan pemimpin seperti Salman?

• Gaji yang diberikan kepada Salman, ia membahagikan kepada tiga bahagian. Untuk dirinya, keluarga dan masyarakat.

• Semasa kewafatan nya, ia hanya meninggalkan pakaian yang berada didirinya sahaja. Serban, tongkat, baldi untuk berwudhuk.

• Sebelum wafatnya dia merasa takut jika ditanya akan hartanya semasa didunia ini. Serta adakah cukup bekalan yang dibawa untuk kembali bertemu Allah SWT.

• Perbandingan akan kepimpinan yang dibawa oleh para sahabat dengan apa yang ada pada hari ini. Adakah kita dapat bersaing dengan kehebatan mereka? Dapatkah ilmu sains dan teknologi yang canggih yang kita perolihi dapat meletakkan kita sebaris dengan kehebatan mereka.

• Saorang lagi sahabat Muaz, selalu menangis serta merasa gentar akan bekalannya. Beliau juga saorang yang cukup mengasihi Rasulullah SAW. Apabila berkesempatan bertemu dengan Baginda, Muaz hanya bertanya perihal akhirat sahaja. Rasulullah SAW menyatakan Muaz semasa diakhirat akan memimpin para ulama' untuk memasukki syurga.

• Dizaman para sahabat, mereka tidak memperdulikan sangat kekayaan harta didunia ini. Jiwa mereka hanya tertumpu kepada akhirat. Begitulah didikan yang mereka dapati daripada Rasulullah SAW.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914