Ustaz Yahaya 220815

Kuliah Subuh
Masjid Al Huda Shah Alam
  • Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani
  • Orang yang beriman hendaklah selalu berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad Rasulullah SAW
  • Dengan memperbanyakkan berselawat akan mendapat ganjaran didunia dan akhirat
  • Ganjaran diakhirat kelak adalah sesaorang itu dapat berdamping dengan Rasulullah SAW
  • Didalam Al Quran terdapat ayat yang menyatakan bahawa Allah SWT dan para malaikat berselawat keatas Rasulullah SAW. Maka hendaklah orang yang beriman berselawat kepada baginda.
  • Allah SWT berfirman di dalam Al Quran:
    إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً
    "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya." (Al-Ahzab | 33: 56)
  • Dari Ubay bin Ka'ab ia berkata ;
    "Wahai Rasulullah, sungguh aku akan memperbanyak selawat atasmu, maka seberapa banyak kujadikan do'aku untuk berselawat kepadamu? Beliau menjawab, "Sekehendakmu" Dia bekata, "Aku mengatakan, "Apakah seperempatnya?" Beliau menjawab, "Terserah kamu, dan jika engkau menambah, maka itu lebih baik bagimu."
    Aku berkata, "Apakah separuhnya?" Rasul menjawab, "Terserah kamu, dan jika kamu menambah, maka itu lebih baik bagimu." Aku lalu berkata, "Apakah dua per tiganya?" Nabi menjawab, "Terserah kamu dan jika kamu menambahnya, maka itu lebih baik bagimu."Aku berkata, "Apakah aku berselawat kepadamu sepanjang hariku." Beliau bersabada, "Kini telah cukup keinginan dan kesungguhanmu dan Allah mengampuni dosa-dosamu." (HR. Ahmad dan at-Tirmidzi, ia mengatakan hadits hasan shahih, dan al-Albani menyetujuinya).
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914