Uztaz Irwan Shah 170615

Kuliah Ramadhan
Masjid Al Huda Shah Alam
  • Bersihkan hati serta bersungguh sungguh mengerjakan ibadat kepada Allah SWT
  • Berdoalah kepada Allah SWT didalam bulan yang mulia ini.
  • Hadirkanlah diri semasa melakukan doa kepada Nya
  • Beradab ketika memohon kepada Allah SWT dengan memuji Nya disertakan dengan selawat keatas Nabi Muhammad SAW
  • Kita tidak mengetahui bahawa doa kita diterima Illahi. Tetapi perlulah kita mengharap akan rahmatNya dengan dimakbulkan doa kita.
  • Selain daripada berdoa perlulah kita mengerjakan ibadah sebanyak yang mungkin. Seperti bersedekahlah,  membaca Al Quraan,  solat berjemaah serta mengerjakan solat sunat.
  • Lapar semasa mengerjakan ibadah puasa adalah sebagai latihan untuk menguatkan kesabaran.
  • Sabar bukan sahaja berlapar tetapi juga menghindarkan diri daripada perbuatan maksiat. Seperti bekata kata yang lagha. Bersubahat dengan mayampaikan fitnah dan umpatan kepada orang lain.
  • Harap puasa kita tidak hanya mendapat lapar dan dahaga. Segala pahala dihabiskan kerana perbuatan kita yang lagha.
  • Orang yang mengerjakan amalan puasa dibulan ramadhan dengan baik, maka ganjarannya akan diberi oleh Allah SWT. Tiadak siapa pun yang tahu betapa banyaknya ganjaran yang dianugerah diakhirat kelak.
  • Semoga Ramadhan ini diperelokkan akhlaq dan ibadah kita. bertambah kuat kesabaran kita mengharungi hidup kita disunia ini.
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914