Ustaz Ghazali Omar 300124

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman fokus hidupnya kepada perkara akhirat. Dijaga kebersihan hidup dan jiwa. Didirikan solat dengan sempurna. Dan segera menjalankan kewajipan berzakat.

• Didalam aspek ibadat keutamaan selepas solat adalah zakat. Melakukan ibadah tersebut kebaikannya akan kembali kepada yang melakukannya.

• Setiap kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas akan dibalas dengan sebaik-baik balasan didunia dan diakhirat nanti. Allah SWT maha melihat.

• Sekiranya sesiapa yang merasa berat untuk mengeluarkan zakat bererti ada penyakit didalam keimanannya.

• وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

The believing men and believing women are allies of one another. They enjoin what is right and forbid what is wrong and establish prayer and give zakah and obey Allah and His Messenger. Those - Allah will have mercy upon them. Indeed, Allah is Exalted in Might and Wise.

At-Tawba-71

• Terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran yang membincangkan dengan hal zakat. Ini menunjukkan betapa pentingnya tanggungjawab berzakat.

• Harta yang dibayar zakatnya akan mendapat baraqah. Ini adalah sesuatu ketetapan, Insyaallah.

• Amirul mukminin Saidina Abu Bakar As-Siddiq memerangi orang-orang yang engan mengeluarkan zakat.

• Sekiranya seseorang itu tidak mengeluarkan zakat, maka ibadahnya yang lain seperti solat, puasa dan haji ditolak. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibadah zakat.

• Zakat yang diwajibkan kepada emas & perak, perniagaan, hasil pertanian yang tertentu, hasil ternakan unta/ lembu/ kambing.

• Harta yang dizakatkan tidak akan ditimpa kerosakan.

• Sebaliknya jika harta yang tidak dikeluarkan bersabit dengan masalah tidak mengeluarkan zakat.

• Wassalam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914