Ustaz Shamsuddin 200124

Kuliah Subuh

• Hubungan manusia dengan alam ada dua dimensi.
     - Manusia yang mengurus alam
     - Alam yang mengurus manusia

• Alam itu makhluk, mempunyai penciptanya. Allah SWT adalah pencipta alam dan segala yang ada didalamnya.

• Alam juga dijadikan mempunyai berbagai 'resources' untuk mempermudahkan kehidupan manusia.

• Manusia juga dijadikan Allah SWT secara zahir (lahir) dan batin.

• Begitulah dengan ilmu yang dipelajari oleh manusia. Ada ilmu lahir. Ada ilmu batin.

• Ilmu syariah adalah ilmu lahir. Ilmu tasawwuf pula adalah ilmu batin. Maka sesaorang itu perlu mempunyai ilmu syariah dan tasawwuf. Saling menguatkan manusia secara lahir dan batin.

• Ilmu tasawwuf merupakan ilmu yang mengajar manusia bagaimana untuk mendekati Allah SWT. Apabila seseorang itu bersungguh sungguh mengamalkan ilmu tersebut maka dapatlah dia memahami hakikat kejadian dirinya dan alam ini.

• Ilmu syariah memberi solusi dengan berbagai masalah kehidupan dialam ini. Ilmu tasawwuf menyedarkan manusia yang segala solusi itu datangnya daripada Allah SWT.

• Orang yang beriman dijadikan Allah SWT sebagai khalifah didalam kehidupan dialam ini. Digunakan segala 'resources' yang terdapat didalam alam ini mengikut aturan yang ditentukan NYA.

• Alam ini segala kekayaannya dijadikan Allah SWT. Diberikan kekayaannya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Maka orang yang beriman sedar akan hakikat ini. Walaupun manusia yang berusaha tetapi apa juga nikmat yang didapatinya daripada alam ini adalah kerana Allah SWT yang mengizinkannya.

• Orang yang mendapat keredhaan Allah SWT didalam kehidupan ini, dijadikan alam untuk kesenangan dirinya. Alam ini mengikut kemahuan dirinya.

• Sebaliknya jika sesaorang itu tidak diredhai Allah SWT akan usahanya maka susah untuk mendapatkan 'resources' dialam ini.

• Diriwayatkan bahawa beberapa orang wali mendapat kesenangan yang luar biasa daripada khidmat makhluk dialam ini diatas keredhaan Allah SWT.

• Kuliah ustaz didalam Facebook

https://www.facebook.com/share/v/HqFJFoSyX5D5dJfw/?mibextid=xfxF2i

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914