Ustaz Dato' Nizam 270224

Kuliah Maghrib

• Nikmat Allah SWT kepada orang yang beriman adalah dengan akhlak yang baik dan terpuji. Sebaliknya orang yang zalim mereka berakhlak yang buruk.

• Manusia adalah ciptaan yang terbaik yang dijadikan Allah SWT. Manusia mempunyai akal, roh, jasad, nafsu, hati.

• Akal manusia meningkat dalam perjalanan masa. Ada peningkatan setiap hari dan tahun.

• Dengan roh dan jasad yang ada manusia dapat usaha berbagai-bagai cirinya. Ada yang berniaga. Ada yang bertukang dan sebagainya. Orang yang beriman akan melakukan kebaikan dan kebajikan dengan kudrat yang ada.

• Orang yang beriman mereka dapat mengawal nafsu. Keberkatan berpuasa di bulan Ramadhan adalah madrasah untuk memandu nafsu manusia.

• Allah SWT melihat hati hambaNYA. Sama ada melakukan ibadah dengan ikhlas. Orang yang beriman mereka mempunyai hati yang sentiasa mengingati Allah SWT. Serta melakukan ibadah dengan ikhlas.

• Manusia yang beriman dianugerahkan Allah SWT dengan akhlak yang baik. Dengan anugerah tersebut masyarakat mukmin dapat membina satu tamadun kemanusiaan yang tidak pernah terjadi didalam lipatan sejarah kemanusiaan.

• Manusia yang berakhlak baik, senang melakukan kebaikkan. Malah orang beriman sememangnya ciri mereka sebegitulah. Malah Baginda Rasulullah SAW pernah menyatakan kepada Saidina Ali bahawa orang yang selalu melakukan kebaikan adalah ciri-ciri ahli syurga.

• FB Live

https://www.facebook.com/share/v/SWStPUYVz8SYfWoc/?mibextid=qi2Omg

Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914