Ustaz Rahmatullah 120224

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman perlulah sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang diberikan NYA kepada semua maklukNya.

• Apa sahaja yang terjadi keatas diri kita hendaklah orang yang beriman bersangka baik terhadap Allah SWT.

• Hendak berjaya didunia dan diakhirat perlulah berusaha supaya Allah SWT menyayangi dirinya. Dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi daripada segala laranganNya.

• Membersihkan diri daripada melakukan maksiat perlulah diberi prioriti dan bersegera memohon ampun dan bertaubat.

• Selalunya apabila orang ramai berkumpul akan mulalah beberapa perkara yang mendatangkan maksiat. Maka lebih baik bersendiri dirumah daripada keluar berkumpul tanpa haluan.

• Zaman sekarang berkumpul secara dimedia sosial juga mendorong seseorang itu melakukan maksiat. Dengan menyebarkan berita palsu.

• Setiap orang yang beriman perlulah juga melakukan persediaan secukupnya untuk melakukan ibadat dengan sebanyak yang mungkin.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914